Tipu-tipu 1malaysia sampai terkantoi.
Tipu sana dan tipu sini. Tipu punya tipu sampai terkantoi. Lihatlah apa yang dialami oleh NST baru2 neh. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga yang tidak tahu apa yang berlaku kerana sudah semestinya media arus perdana seperti tv3 dan lain2 tidak akan menyiarkan berita neh di dada akhbar mereka.
Lihat bawah neh ;
Ini ada dua laporan berita. Sebelah kiri laporan NST dan sebelah kanan laporan dari akhbar aussie. Apa yang berlaku sebenarnya?
1. Pada 28 april, senator aussie telah hadir ke malaysia sempena bersih 3. Dia hadir sebagai pemerhati bebas.
2. Senator yang dimaksudkan ialah Nicholas Xenophon.
3. Sejurus selepas bersih 3 berlalu, senator aussie tersebut telah memberikan pandangan nya mengenai bersih 3 yang jelas tidak berapa nak memihak kepada kerajaan dan pdrm.
4. Dan selepas itu, NST akhbar yang kita semua sedia maklum pro BN, telah mengeluarkan satu laporan pemberitaan yang palsu yang mana sedang menanam persepsi bahawa Nicholas Xenophon seseorang yang anti-ISLAM.
Lihat ruangan yang telah dihightlightkan.
5. Sedangkan hakikatnya Nicholas bukan anti islam dan apa yang terkandung dalam hansard parlimen aussie ialah mengenai SCIENTOLOGY, namun NST telah bertindak mengantikan perkataan SCIENTOLOGY kepada ISLAM.
6. Ini sekaligus telah menimbulkan kemarahan senator aussie kerana NST bertindak memutarbelitkan fakta dan sengaja menanam kebencian orang islam malaysia terhadapnya hanya semata2 dia memberikan respon peribadi mengenai BERSIH 3.
7. Disebabkan perkara ini berkaitan dengan kepimpinan najib maka ia menjadi kecoh dan panas di media aussie. Ini kerana, sebelum neh media aussie ialah media yang bertanggungjawab membocorkan hal mengenai pembelanjaan mewah anak najib dan rosmah mansur sebelum di arah minta maaf dan tutup mulut.
8. Senator Aussie juga mendesak media tersebut [NST] meminta maaf secara terbuka dan menarik laporan berita tersebut yang disifatkan sebagai palsu dan cubaan berniat jahat terhadapnya.
9. NST akhirnya padam laporan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada senator yang dimaksudkan.
Lihatlah. Bagaimana rakyat diasuh untuk membenci mereka2 yang bukan beragama islam. Lihatlah, adakah ini satu malaysia yang dijaja2 ke atas setiap minda rakyat malaysia? Fikirkan.
Updated ;
Senator Australia telah menyaman media NST berikutan penyiaran berita palsu terbabit.
Updated ;
Senator Australia telah menyaman media NST berikutan penyiaran berita palsu terbabit.
Sozcyili : Asyik kantoi jek.