t>

Breaking News

Rahim Nor diberikan 24 jam untuk menarik semula kenyataan Nik Aziz Kafir.


Surat khabar pun satu. Lainkali nak suruh orang ulas pasal fatwa ke apa ke ko carilah orang2 yang berkelayakkan untuk ulas. Neh bekas polis yang bukan pakar dalam bidang dia ko soh ulas. Tue pasal jadi tunggang langgang. Kalau nak ulas pasal kepolisan logik juga, Neh nak ulas pasal fatwa, pasal islam pergi cari bekas ketua polis negara buat apa? 

Macam2 lah dorang neh. Kenyataan rahim nor kali neh telah dibalas oleh pas kelantan. Lihat kat bawah neh. Petikan dari harakahdaily.


KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar) berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

“Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.

Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan.-HD-

Betul lah tue. Kalau nak beza pandangan ke apa ke, gunakan hujah untuk lawan hujah. Toksahlah dok label2 atau tuduh2 orang begitu begini.. buang pecahbelahkan masyarakat jek terutamanya mereka2 yang taksub kepartian. Haizhh..

Sozcyili : Nak kata orang kafir tu dah selidik ka akidah sendiri?