t>

Breaking News

Senator Australia cadang saman Utusan.

Nampaknya NST tidak berseorangan dalam kes saman menyaman neh. Ini kerana senator dari australia juga bercadang mahu menyaman utusan di atas laporan fitnah yang disiarkan oleh utusan terhadapnya baru2 neh.

Lihat bawah neh. Ermm.. utusan2.. tak padan dengan perjuangan. Kata memperjuangkan agama bangsa dan negara tapi berita.. alahaii bagi orang salah sangka dan bergaduh sesama sendiri je lah. 

Senator Australia, Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.

nick xenophon 290412"Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Xenophon (kanan) merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times(NST) yang telah tersalah memetik  ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

NONEXenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.

Utusan Malaysiamilik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang
tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia. -MKINI-

Sozcyili : Utusan neh antara paper yang paling kerap di saman.. hahahah.. lepas tue paling kerap kalah dan kena bayar saman pula tue.. hahahah..