Video mempengaruhi orang murtad tersebar.
Ini video lama. Tapi aku baru sedar sekarang. Itupun sebab berita disini. Video tersebut korang leh tengok kat bawah neh.
Ini episode pertama. Dia ada beberapa episode sebenarnya. Mereka neh menggunakan nama ahmad = seorang2 melayu yang beragama islam. Ini membuktikan memang ada kumpulan yang menyasarkan melayu + islam untuk dimurtadkan. Motif? Tah. Tak pasti.
Sekarang susah nak cakap apa2. Tapi kita mohon kerajaan alert dan amek tindakan. Selain itu korang boleh perhatikan website mereka disini. Pandangan aku dalam isu neh mudah. Jika ko nak menyebarkan dakyah ko di kalangan bukan islam terserah. Tapi jangan heret atau hasut orang2 islam. Itu jek.
Kalau korang perhatikan video kat atas neh dan episode2 selepas neh korang akan dapati bahawa ;
1. Watak2 dalam drama neh seolah2 cuba ditonjolkan sebagai orang melayu.
2. Mereka juga cuba ditonjolkan sebagai orang islam.
3. Mereka berpakaian macam yang orang melayu dan orang islam biasa pakai. Dengan songkok, baju melayu apa seme.
4. Video neh video lama. Maknanya dah lama larh kot mereka menggunakan taktik neh untuk memperluaskan dakyah mereka. Sekarang maybe dah advanced.
5. Selain mimpi ahmad, ada juga video mimpi syamsul. Mungkin sebenarnya ada banyak video yang menceritakan mimpi2 orang melayu yang lain juga. Aku tak sure. Malas nak godek seme.
Yang sebenarnya bagi aku kalau dorang nak meluaskan dakyah apa seme, guna medium youtube apa seme bukanlah satu kesalahan. Tapi ikut pemerhatian aku, dorang neh sengaja mensasarkan orang melayu dan semestinya orang islam.
Ini yang aku rasa tak patut. Kita neh hidup bermasyarakat. Taknak hormat orang islam sekalipun at least hormat sket undang2 di malaysia neh. Kita boleh suka dan boleh tak suka tetapi dakyah kepada orang islam dan melayu adalah salah di malaysia neh.
Tapi mereka bukan sahaja tidak menghormati orang islam malahan terang2 melanggar apa yang tercatat dalam perlembagaan lagi. Nak dakyah sangat ajaran2 korang tue, dakyah lah pada mereka2 yang penganut islam. Simple jek. Macam tue pun tak boleh nak buat. Adoii..
Apa pun jangan pernah salah sangka. Aku tidak membenci atau mengatakan salah bagi penganut kristian menyebarkan apa2 fahaman mereka di mana2. Cuma aku tegaskan disini, ia salah disebarkan kepada orang islam, khusus di malaysia. Jika yang neh ko boleh faham, insya-Allah antara kita akan selamanya oke. Fikirkan.
Sozcyili : Neh memang boleh dorong dan hasut orang untuk murtad. Kalau tak kuat iman toksah tengok.. aku tengok pun sikit2 jek.. almaklumlah time maghrib tadi..