Luahan Anak Peneroka Felda.
Ini ialah surat online yang ditulis oleh anak peneroka felda. Dalam isu pembelian saham, kita melihat lebih banyak responden2 mulai tampil memberikan luahan yang jelas terasa dipermain2kan oleh pihak felda.
Apa pun kita bukan nak buat kesimpulan melulu. Kita cuma berharap segala permasalahan dan persoalan yang mereka hadapi neh akan diselesaikan secara baik oleh kesemua pihak yang terlibat.
Baca bawah neh ;
Salam tuan,
Saya telah membaca email Anak Peneroka Papar Sabah yang tuan siarkan. Saya juga anak peneroka yang saya pasti ayah saya tidak menandatangani perjanjian pembelian saham tersebut.
Apa yang saya ingin kongsikan dengan tuan berkenaan nasib pekerja yang bekerja di Felda Plantation (FP) sebagai buruh...mandur dsb. Di kalangan mereka ada yang hampir belasan tahun mengabdikan diri dengan FP dan berharap suatu ketika seekar dua tanah FP itu akan diberikan kepada mereka sebagai bekalan hari pencen.
Mereka setia dengan harapan mereka juga diberikan tanah dan rumah seperti peneroka FELDA. Malangnya, harapan hanya tinggal harapan. Baki 3..4..5 tahun lagi mereka bekerja, bila pencen ke mana mereka hendak pergi. Kuarters yang didiami perlu dikosongkan apabila telah pencen.
Dengan pendapatan seribu.. tak sampai dua ribu sebulan, apa yang mreka dapat apabila pencen. Yang dah ada rumah, adalah tempat berteduh. Yang belum ada rumah...yang anak masih bersekolah??? Ini adalah keluhan mereka. Pergi bertanya dengan pekerja akta buruh FP, berapa gaji mereka. Taraf mereka sama dengan mat Indon dan Bangla yang ramai di FP.
Satu lagi tuan, saya pelik... melabur pun belum lagi tetiba RM15,000 sudah diberi kepada peneroka, bini peneroka dan anak peneroka. Belum ada urus niaga 'keuntungan' telah diberi. Tidakkah pelik???
Tidakkah peneroka perasan perkara ini. Pada pandangan saya, RM15,000 diberi itu adalah duit yang dipinjam oleh peneroka untuk beli saham. Diambil sedikit untuk diberi semula pada peneroka. Tidakkah mereka sedar, bahawa RM15,000 itu mereka juga yang perlu bayar berdasarkan perjanjian. Duit itu seolah-olah advance sebagai gula-gula PRU.
Untuk beli undi peneroka, bini peneroka dan anak peneroka. Kalau mereka yang tidak tandatangan pinjaman pembelian saham pun dapat juga maknanya untunglah yang tidak tandatangan perjanjian itu.
Pegawai FELDA dan email Anak Peneroka Papar Sabah juga menyatakan bahawa dalam tempoh 6 bulan peneroka digalakkan jual saham ketika saham naik. Saya yakin saham naik, peneroka akan jual. Siapa yang beli?? Selepas dijual, saham makin naik, siapa pulak yang akan untuk lebih besar. Itu kalau saham makin naik. Kalau saham tak naik, siapa yang akan tanggung kerugian???
Silap haribulan, walau dikatakan tanah tidak akan hilang tapi siapa tahu jika peneroka tidak mampu jelaskan hutang piutangnya maka FELDA aka Kerajaan BN akan buat sesuatu supaya tanah itulah juga sebagai gadaian kepada pihak bank atas kegagalan menjelaskan pinjaman.
Satu lagi, mengapa sebelum Jun. Adakah ada kena mengena dengan pilihanraya? Adakah 'mereka' mengumpul dana untuk pilihanraya?? Saya dihubungi saudara yang bekerja sebagai penjawat awam telah bercerita tentang pinjaman FGVHB ini adalah dana pilihanraya. Dia kata ceritanya daripada bangsa 'itu' sendiri. Betul atau tidak walllahua'lam.
Akulah 69 Anak Peneroka Juga, Pahang. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sozcyili : Jangan buat keputusan yang memenangkan sebelah pihak je..