Sultan Kelantan tandatangan plak Tuntutan Royalti Petroleum
Sultan kelantan pun sokong, takan rakyat kelantan yang lain takmo sokong? Bagaimana pula dengan sahabat2 yang beraliran politik BN di kelantan? Awang adek? Ibrahim ali? Masih takmo sokong lagi ke?
Janganlah meletakkan dasar kepartian di depan, utamakan dasar keadilan. Sokong ikut tajuk, kupas ikut isu, bukan main hentam kromo dan meletakkan sokongan melulu serta membabi buta. Bagaimana nak jadi matang dalam berpolitik kalau taksub je sepanjang masa?
Hahaha..
Baca sedikit petikan berita yang di ambil dari harakahdaily ;
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.comSetiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.-HD-
Sozcyili : Bila larh kerajaan pusat nak terbuka ahti memberikan royalti pada yang berhak?