t>

Breaking News

Darah BABI dalam puntung rokok.

Woowowwwowww..

Sabar dulu na penghisap2 rokok tegar. Bukan aku yang cakap. Tapi benda neh hasil kajian woooo..


Baca kat atas neh. Keratan paper tahun 2010. Ia disiarkan oleh berita harian. Nampaknya kajian ilmiah neh telah membongkarkan ada jenama rokok yang menggunakan darah babi sebagai kandungan dalam penapis rokok. Rokok jenama apa tidak didedahkan.

Bahkan, pembuat rokok pun takmao dedahkan bahan yang mereka gunakan secara terperinci. Hanya yang tertentu jek mereka dedahkan manakala sebahagian yang lain mereka rahsiakan. Yang dirahsiakan itu aku percaya atas dua sebab ;

1. Rahsia perniagaan. Kalau seme tahu apa kandungan rokok masing2, maka seme akan pakat2 meniru dan menciplak. Of course untuk menawarkan harga yang lebih rendah dan di murah di pasaran.

2. Rahsia ketagihan. Kalau didedahkan bahan rahsia yang menyebabkan ketagihan rokok, maka pakar perubatan dan sains akan mencari jalan bagi mengatasi ia. Itu memang perangai normal bagi pencinta kajian dan pakar kaji selidik. 

Memanglah nikotin boleh menyebabkan ketagihan, tetapi rasanya ada bahan lain gak dalam sebatang rokok tue. Itulah dirahsiakan dari pandangan umum. Rokok neh bagi umat islam, ia telah difatwakan sebagai HARAM.

Bagi aku, rokok neh ibarat dadah yang HALAL. Ia boleh dibeli di pasaran terbuka. Bahkan dikenakan cukai yang tinggi. Aku tak nafikan kerajaan bersalah sebab amek keuntungan di atas ketagihan orang lain pada saat dia boleh je ban penjualan rokok di malaysia.

Tetapi aku lebih salahkan penghisap rokok itu sendiri. Oleh kerana yang menghisap itu ko, yang membakar duit itu ko, dan menghisap pula mengggunakan mulut dan tangan ko, maka apa sebab ko meletakkan kesalahan ke atas kerajaan lebih dari ko meletakkan kesalahan ke atas diri ko sendiri?

Kerajaan telah memilih untuk jual rokok dan ko juga boleh memilih untuk tidak membeli rokok. Sama seperti aku. Kerajaan memang telah berbuat kesalahan dengan menjual rokok tetapi sapa paksa ko buat kesalahan dengan menghisap rokok pula? Heh. 

Last but not least, adakah selepas neh pencinta2 rokok, muslim especially, akan tegar menghisap rokok lagi selepas membaca kandungan artikel neh?

Sozcyili : Berusahalah berhenti menghisap rokok..