t>

Breaking News

Kenyataan Rasmi Tuan Guru Nik Aziz mengenai gerai SYIAH di kelantan.

Saya dimaklumkan bahawa terdapat bahan-bahan berunsur Syiah yang dipamerkan di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada masa ini. Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, saya ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat di atas sikap peserta ekspo yang nyata sekali tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Justeru, saya telah mengarahkan agar pihak urusetia memastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkara ini tidak berulang. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera di dalam memaklumkan perkara ini kepada pihak urusetia khususnya serta pihak kerajaan untuk tindakan. 

Pada saya, urusan akidah ialah perkara yang tiada tolak ansur.


Salam hormat,


(DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Bertarikh : 28 Rajab 1433 H bersamaan 18 Jun 2012
- FB Tuan Guru.

Semua neh bermula dari satu posting yang didedahkan oleh sahabat facebook, rujuk sini.  

Menurut dia ;




Bismillah. 

Sebelum ni, kelantan ingin menganjurkan ekspo kebudayaan Iran. Disebabkan mendapat bantahan ramai, ekspo itu dibatalkan. 

Pada hari jumaat lalu, saya berkesempatan pula untuk hadir ke ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal berasaskan Dinar dan Dirham yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhd IV di Kota Bharu. Program ini banyak kebaikannya, al-Hamdulillah. 

Tetapi ada satu perkara yang sangat menyedihkan dan membimbangkan saya.

Persoalan : Adakah prog ini kesinambungan daripada ekspo kebudayaan Iran yang dibatalkan tempoh hari?

Kenapa dipersoalkan? Sebab dalam khemah utama, 85% daripada gerai pameran tersebut adalah daripada Iran. daripada negera lain,mungkin buka satu gerai sahaja.tapi daripada Iran, lebih 20-30 gerai.

Kenapa perkara ini menjadi isu? sebab kedatangan Iran dalam bentuk perkongsian budaya dalam negara kita adalah sebahagian dari agenda penyebaran fahaman syiah di Malaysia.

Lihat gambar yang diupload. batu biru alas kepala.terdapat juga gambar khomeini (sesetengah pensyarah azhar menggelarnya laknatullah) digantung di dinding dinding gerai mereka. Buku buku fahaman syiah juga didapati di gerai gerai tersebut.Ada juga halaman yang menyebut tanah suci islam 4 (kalau mengikut mazhab sunni,hanya 3) iaitu tambahan masjid di kufah.

Lebih menyedihkan, sewaktu saya disitu,terdapat orang melayu bersembang dengan orang iran tersebut dengan bahasanya.kawannya pula (melayu lagi satu) sedang terangkan kat beberapa hadirin bahawa isu syria hanyalah isu yang dimomokkan oleh Amerika,cerita tentang pembunuhan sebenarnya tidak berlaku (kononnya) dll.Padahal kita punya bukti.

Apa semua ni!?

Untuk bacaan penuh ulasan dia klik link di atas. Bagi aku isu syiah dan sunni neh leceh nak ulas. Aku tak berminat nak menyebelahi sunni or syiah. Aku hanya berminat nak mendalami apa yang aku tak mahir. Kalau kita duduk dalam pergaduhan syiah dan sunni nescayalah kita akan pening dan sakit kepala. Ini bukan macam pergaduhan pr dan bn, ini lebih dasat lagi.

Tapi bagaimanapun aku memang bersetuju bab ajaran syiah tidak boleh dibiarkan berleluasa di malaysia. Ajaran neh jika dibiarkan hanya akan mengundang kekeliruan. Dan bila keliru, akhirnya kita akan menempa padah dan mencetuskan pertelingkahan. 

Sebab tue adalah amat penting sekali untuk mana2 pihak segera menyekat ajaran neh daripada berkembang di malaysia. Bagi aku, nak adakan ekspo atau apa seme oke. Ekspo bab syiah pun oke. Tapi mestilah berdasarkan fakta, kebenaran dan bukan bertujuan mahu menyebarkan dan mengembangkan ajaran neh di malaysia.

Kita boleh berbeza aliran mahzab kan. Aku sunni dan ko syiah. Kita boleh berkawan dan berdamai. Aku tak nampak itu masalah. Tapi kalau ko bertujuan nak menyebarkan ia, itu memang bermasalah besar.

Sedangkan mahzab imam shafi'e pun failed nak menghayati lagi ini kan pula nak tukar2 mahzab pergi aliran syiah pula. Kan kita neh rakyat malaysia. Lahir disini. Automatik ikut imam shafi'e. Kita buat yang itu sudahlah. Buat apa nak campuraduk untuk kelam kabutkan suasana kan?

Aku boleh berkawan baik dengan geng2 syiah tapi setakat tue je lah. Aku tak berminat nak mendalami ilmu syiah neh, sikit2 buat bacaan untuk pengetahuan asas oke. Tapi untuk mendalami aku prefer better aku study bab shafi'e dan sunni. Yang tue pun failed. Banyak lagi nak kena belajar. 

Memang dewasa neh aku nampak sangat wujudnya satu kumpulan yang sedang menyebarkan dakwah syiah. Aku tak benci iran. Aku oke jek dengan iran bahkan aku oke jek dengan syiah. Tapi kan, aku tak oke dengan perbezaan mahzab di dalam satu negara. 

Bagi pandangan aku itu hanya akan mencetuskan pertelingkahan. Cukupla bab politik kita berperang bagai. Jangan ditambah masalah berperang bab akidah pula. Pening sey. Pening.

Dan last, gambar tengah tue dah kenapa ek? Muahahaha.. confused den.