Facebookers Malaysia yang tak tutup aurat akan dihack
Kat atas neh salah satu contoh account yang telah dihack. Sebab dia tak pakai tudung. Dorang neh kerjanya nak PAKSA orang tutup aurat. Sebenarnya tiada istilah PAKSA kalau kita menggunakan kaedah yang betul untuk menegur mereka yang mendedahkan aurat di facebook.
Contoh kaedah yang betul ialah melalui nasihat dan undang2 serta hukuman. Contohnya apa yang kerajaan negeri kelantan buat. Tapi malangnya ramai orang hari neh cenderung MEMAKSA orang melakukan apa2 yang dia nasihatkan dengan kadar segera.
Contohnya, hari neh dia nasihatkan orang pakai tudung, esok dia nak pompuan tue mesti pakai tudung, lusa dia NAK pompuan tue confirm dah memahami tuntutan aurat dan sebagainya. Itulah cara dan kaedah mereka. Perintah dan Paksa.
Sedangkan kenal pun tidak. Mostly memang macam tue pun. Selalu kalau kenal, takde lah kita nak paksa member2 kita pakai tudung. Kita nasihat je lah. Weyy tutup arh aurat. Seksi sey. Sambil2 bagi hadis apa seme. Itu cara sesama kenalan.
Kalau ustaz dan ustazah pun sama. Dorang akan tegur menggunakan ayat Alquran. Kalau ada member2 yang tak bertudung, rajin2kanlah ajak dia p ceramah or bagi dia video link ceramah. Lama kelamaan lekat juga.
Tapi kalau guna kaedah perintah dan paksa ia bukan saja mencipta perasaan marah malahan ia menghadirkan persepsi negatif dan fitnah ke atas umat islam. Sejujurnya aku tak sokong langsung hack account wanita2 yang tak pakai tudung.
Kalau rasa nak BERJIHAD sangat, apa kata hack jek artis2 wanita malaysia muslim yang mendedahkan aurat termasuklah facebook2 majalah yang seringkali menyiarkan gambar2 seksi tersebut.
Mudharat tue lebih besar kan? Kat bawah neh ialah pengakuan hackers yang bakal 'berjihad' dengan cara hack account orang yang tak bertudung.
#Ops hunting facebook perempuan seksi islam.
supported ./dotmy ./kelantan hacking crew ./dragon force Malaysia
./cat devilcodes
siapa mahu join? jihad cara ini. share
#Ops Hunting FACEBOOK Perempuan Seksi
supported ./dotmy ./kelantan hacking crew ./dragon force Malaysia ./cat devilcodes
- Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan yang berlaku selepas pengambilalihan dari pihak kami dari mana-mana account Facebook yang telah diambil alih.
- Kami juga tidak sesekali membuang, mendelete atau menjahanamkan account FB anda.
-pihak kami akan memulangkan FB anda dan anda perlu menukar Default Picture dan mendelete gambar yang mendedahkan aurat. Pihak kami akan memantau dari semasa ke semasa.
- Kami tidak bertanggunjawab diatas segala KOMEN / POST dari Friends / Fan account FB anda.
- Kami tidak menjual segala info peribadi anda kepada pihak ketiga.
SIAPA KAMI?
- Kami hanyalah insan-insan biasa yang lemah lagi xberdaya untuk melawan kuasa ALLAH SWT.
- Kami adalah SECURITY TESTER, SECURITY ADMIN, SECURITY GUARD, NETWORK SECURITY & IT Security.
- Kami tergolong dalam Pihak WHITE HAT.
- Kami adalah berkumpulan dan setiap tindakan kami diawasi oleh ketua-ketua kami.
- Kami bukan penjenayah mahupun pencuri dan juga tidak boleh digelar sebagai penyangak.
- Kami bukan professional tetapi kami boleh menjadi professional.
- Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan.
- Kami budak baik.. hehehe..
Sumber rujuk sini.