t>

Breaking News

'Nak berdebat ke tak nak?' tanya Anwar pada PM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dengan sinis mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin berdebat dengannya atau tidak. 

NONEAnwar berkata, kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa debat bukan satu budaya juga merupakan helah untuk mengelak daripada berdebat dengan beliau. 

"Dia nak debat ke tak nak? Dia anjurkan debat-debat di seluruh sekolah. Hadiah (yang diperolehi ialah piala) perdana menteri. Debat-hadiah-perdana menteri. Di sekolah minta anak-anak untuk berdebat. Hadiahnya (piala) perdana menteri. Tapi perdana menteri kata bukan budaya. Habis yang diajar di sekolah itu apa? 

"Itu cuma helah nak elak untuk berdebat," kata Anwar -MKINI-

Ermmmm..

Dah kena CABAR banyak kali. Apa salahnya najib sahut jek cabaran tersebut. Asyik cakap besar dan mengelak je. Dulu cakap kalau najib berdebat dengan dsai, dsai akan demam. Tapi tak debat2 juga sampai sekarang.

Sekarang bagi alasan debat budaya barat pula? Kalau takut mengaku je takut. Terus terang. Kalau asyik bagi alasan demi alasan maksudnya sedang mengelak daripada berdebat. Kalau dah macam tue jangan salahkan rakyat kalau mereka anggap pemimpin kerajaan lembik2 belaka. Dah sendiri yang tonjolkan sikap tersebut, nak salahkan persepsi rakyat buat apa kan?

Hahaha..