Murshid: Haram panggil PRU13 musim haji
Tidak boleh ataupun lebih tepat
HARAM
Mengadakan PRU pada musim haji. Najib pernah menjadikan langkah tun hussien onn pada tahun 1986 sebagai contoh bagi membenarkan pru boleh dilaksanakan pada musim haji. Untuk rekod pada tahun 1986, perdana menteri malaysia pada ketika itu ialah Mahathir tetapi Najib ingat tun hussien onn sebab najib bersekolah di luar negara jadi dia tidak faham mengenai sejarah di malaysia. Maafkanlah dia.
Mahathir seperti yang kita kenal bukan lah seseorang yang begitu boleh menurut hukum islam. Ada hukum yang dia boleh ikut tetapi ada juga hukum yang dia tidak mahu ikut. Hukum yang dia rasa leceh macam penjualan arak, judi, aurat, riba memang tak pernah dia ikut. Tatau lah kenapa dia berpendirian begitu.
Namun tidaklah menghairankan sebab sahahat baik dia ialah Kasim Ahmad, individu yang dipercayai anti hadis. Rujuk sini.
Sedikit petikan berita dari sinar harian ;
Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid), kumpulan pendakwah dan asatizah, membuat ketetapan bahawa adalah haram jika kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sekretariat sekumpulan 20 pendakwah berkata, jika PRU13 diadakan pada musim haji, ia merupakan satu pengkhianatan kepada amanah dan sistem pemilihan.
"Kami juga bersepakat bahawa pilihan raya dan proses pengundian tidak boleh atau haram dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar negara.
"Sekiranya pilihan raya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses kesajsian," kata kenyataan itu.
Sekretariat itu membuat pendirian ini ketika spekulasi bahawa PRU13 akan dipanggil pada musim haji menjadi kontroversi. -SH-
Mungkin kah najib akan mendengar nasihat dan pendapat dari sekumpulan pendakwah tersebut atau tetap meneruskan niat untuk mengadakan PRU pada musim haji? Rasa aku tidak kot sebab bn berhasrat untuk menggunakan mandat 5 tahun sepenuhnya kalau ikut kenyataan terbaru dari bn sendiri.
Ermm.. mungkin najib tahu dia tak boleh menang mudah kot..
Hahaha.