30 individu buat laporan polis terhadap Uncle Seekers.
30 individu hari neh tampil membuat laporan polis terhadap uncle seekers. Sebab blog tersebut mendedahkan beberapa dokumen2 sulit. Blog tersebut boleh diakses menerusi laman kat bawah neh ;
Sebenarnya aku rasa dorang terpaksa jek report polis tue. Sebelum neh kita dikecohkan dengan kes nizar dan no plat www. Rujuk sini. Teguran nizar yang gentleman telah disalah anggap oleh segilintir orang sehingga memaksa dia menarik balik kenyataan asal dan meminta maaf.
Namun sayangnya ia tidak berhenti setakat itu. Mereka berterusan provoke dan mengada2kan cerita seolah2 nizar berniat nak memperlecehkan sultan dan kedaulatan raja2 melayu. Walhal nizar takde niat macam tue pun. Kalau nak diikutkan apa yang nizar cakapkan tue memang betul pun. Rujuk sini.
Tapi sebab ia dah diperbesar2kan oleh sesetengah politician bagi mengalihkan isu maka ramai lah juga yang terjebak dengan permainan tersebut. Nak taknak terpaksa layan. Kalau tidak makin lama makin meleret2 me-reka2 fitnah bagi memburukkan imej nizar.
Dalam masa mereka seme sakan menentang nizar konon nya menderhaka, blog uncle seekers juga pernah dan masih mendedahkan isu2 berkaitan sultan johor. Bahkan sebelum kenyataan nizar keluar di twitter lagi.
Tapi sorang pun tak amek port. Bila kes nizar dah kecoh dan penyokong2 pr mempersoalkan kenapa uncle seekers rileks jek menulis mengenai sultan johor tapi bila babitkan politician ada jek yang melatah?
Agaknya tak tahan di provoke maka sekumpulan orang yang terdiri dari 30 individu pun buat larh report polis. Baca petikan berita kat bawah neh ;
Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.
Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.
"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.
"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya. - Bernama
Kalau fitnah maka kita berharap elok lah juga penulisan tersebut dihentikan. Tapi kalau penulisan tersebut fakta buat apa nak sorok2kan? Betul tak? Lue fikirlah sendiri.