t>

Breaking News

BERSIH kini halal = Pertubuhan Sah di Malaysia.

Padan muka kaw hishammuddin. 

Dan padan juga muka orang2 yang melabelkan kami peserta2 bersih ialah kumpulan haram. Selama setahun lebih neh di tv, di media dan di pelbagai medium media online macam2 gelaran negatif, tanggapan dan penghinaan kami kena telan semata2 dorang anggap kami pertubuhan HARAM = yakin sekumpulan orang yang menyokong cause salah, berdosa besar, memberontak dan penjenayah politik negara.

Tapi akhirnya kini mahkamah sendiri memutuskan tuduhan hishamuddin, bn dan khususnya SPR adalah salah bahkan kami kini di iktirafkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah di malaysia yakni tidak melanggar apa2 undang2 di malaysia pun. Selepas neh hentikan lah fitnah dan cakap2 serong kepada kami peserta2 bersih dan cause yang kami sokong iaitu BERSIH = menuntut pilihanraya yang adil dan telus di malaysia. 

BERSIH disokong lebih dari 150 NGOs. Dan BERSIH menuntut 8 perkara. Hanya 1 perkara jek yang telah SPR tunaikan buat masa sekarang. Dan sehingga 8 tuntutan asas BERSIH dipenuhi, sehingga itulah kita akan terus berdiri sini, BERSIHKAN sistem PRU di malaysia. Suka tak suka ko punya pasal.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
 
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.[Mkini]
 
Dear hishammudin,

Cepat minta maaf pada kami seme sebab fitnah kami sebagai kumpulan HARAM!