Gambar-gambar kereta terbang.
Bukan satu. Tapi dua gambar dari dua sudut yang berbeza. Jangan salah sangka. Aku bukan nak mempersendakan kemalangan yang menimpa saudara kita neh. Just nak merakam kemalangan yang berlaku neh sebab unik.
1. Dari segi posisi kereta tue melayang.
2. Pemandu selamat.
Menurut info yang tersebar, dinyatakan bahawa pemandu nya ialah seorang wanita. Dan wanita yang berbaju hijau tue lah pemandu yang dimaksudkan. Selama neh kita selalu dengar ramai orang komplain pemandu2 wanita di atas jalanraya. Mereka cakap mostly pemandu wanita terlalu berhati2. Bagi aku berhati2 tak salah. Tetapi aku rasa bukan sebab mostly pemandu wanita terlalu berhati2 di jalanraya sebaliknya dorang nervous.
Kenapa dorang nervous? Aku kongsikan pengalaman aku + rakan2 aku.
Pengalaman aku.
1. Aku nervous sebab lori. Setiap kali lori yang besar gedabak lalu, nak2 yang tak ikat betul2 barang dia tue, aku rasa cam aihhh.. blah larh weh.
2. Pembasikal = bangla2 yang bawa basikal atas jalanraya. Aku tak faham apa masalah depa. Tak nampak ke itu laluan kereta, lori dan apa seme? Dorang tue patut duduk kat laluan motor jek. Adoi.
Pengalaman member2 aku.
1. Benci kat pemandu2 lelaki yang berlagak tak tentu pasal atas jalanraya. Suka tunjuk hero. Memandu main langgar apa seme signal. Nak belok patut bagi signal tapi dorang main berhenti jek. So disebabkan kecuaian pemandu2 lelaki di atas jalanraya = pemandu2 pompuan kena extra berhati2.
2. Takut accident. Sebab tue dorang seboleh2nya berhati2.
3. Patuhi undang2. Tak caya? Kalau kat jalan tue tulis boleh bawa 80 jek, dorang betul2 bawa 80 tetapi lelaki? Bawa sampai 100 pun ada beb. So disebabkan dorang patuhi undang2, lelaki tak patuhi undang2, maka pompuan di anggap tak reti bawa kereta tak pasal2.
Sejujurnya aku berharap kerajaan buat kursus latihan memandu untuk pompuan jek. Dan kursus untuk hilangkan nervous bila memandu di atas jalanraya. Kadang2 dorang tatau. Kita neh dah lar nervous + provoke2 dari pemandu lain = situasi jadi semakin caca marba.
Kalau dah nampak cam ada pemandu yang mengelabah jek kat depan, toksah pressure dorang lebih2 sangat. Fahami sket lah situasi. Mungkin ada sebab2 tertentu. Bukan rugi apa pun. Lainlah kalau kegelabahan mereka boleh mengundang bahaya. Setakat yang aku tahu, paling2 koman pun hanya menyebabkan korang terpaksa perlahankan kenderaan jek kan? Betul tak?
KAH KAH KAH