t>

Breaking News

Bukti bergambar mangsa dibiarkan orang ramai selepas diragut!

Rasanya ramai dah tahu kes mangsa ragut yang dibiarkan oleh orang ramai selepas diragut baru2 neh. Insiden tersebut berlaku di pulau pinang. Bukan di china tetapi di pulau pinang, salah satu negeri yang terdapat di malaysia.

Apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga mereka buat donno jek dengan mangsa ragut tersebut? Untuk rekod mangsa ragut telah pun disahkan mati di hospital pulau pinang selepas 9 jam dirawat di hospital berkenaan. Mangsa berusia 60 tahun. Mangsa diragut oleh dua orang dengan motorsikal ketika berjalan ke tempat kerja.

Hukuman untuk peragut tersebut sudah semestinyalah kena keras dan kuat. Sebab mereka bukan sahaja menjadi peragut bahkan dah jadi pembunuh. Semata2 nak duit mereka sanggup merompak dan membunuh. Kerja malas tahu nak senang jek. BTW senang ke buat kerja meragut dan membunuh neh ek?

Pada pendapat aku bekerja cari nafkah lagi senang dari jadi peragut dan pembunuh. Tapi mungkin peragut dan pembunuh ada jawapan yang berbeza disini. Sambung balik kes tadi. Menerusi satu rakaman cctv, menunjukkan selepas mangsa diragut dan terbaring, ada 7 orang individu melintasi mangsa ketika itu.

Rakaman cctv tersebut ditonton oleh penguatkuasa untuk menyelesaikan kes. Rakaman cctv tersebut bukan sahaja mendedahkan kejadian ragut bahkan mendedahkan juga muka 7 orang individu yang tiada belas kasihan terhadap mangsa ragut. Ke dorang tak nampak sebab hari belum siang ketika itu?

Almaklumlah ketika itu baru pukul 6 pagi. Mungkin juga ada yang tak pasan. Ataupun dorang ingat mangsa ragut tersebut ialah orang yang bergelandangan? Tah larh. Tapi lelaki baju putih tue mustahil tak perasan sebab dia kan berada berdekatan dengan mangsa yang diragut?

Namun selepas itu ada 4 orang yang tampil membantu mangsa meskipun sebelum itu diabaikan oleh 7 orang yang "selfish". Bahkan siap dapat penghargaan khas oleh KM pulau pinang. Mungkin juga nak perli 7 orang yang dipercayai takde ahti perut tue. 

Empat individu terbabit ialah ;

1. Yee Yoon Mah

2. Saravana Kumar

3. Zarolnizam Talib

4. Khoo Ean Onn

Masing2 menerima rm200 setiap seorang dan sijil penghargaan. Mungkin tak banyak mana tapi cukuplah nak bagi 7 yang lain tue tersindir.

Muahaha..

Dan berikut ialah bukti bergambar mangsa ragut dibiarkan oleh 7 orang yang lalu lalang di kawasan tersebut ;