Wanita yang mengamuk di JPM kena pukau?
Bapa dan suami kepada mudhalina meminta maaf di atas perlakuan dia di JPM tempoh hari dan memberikan kemungkinan bahawa mudhalina mungkin dipukau. Ermm... Tak pasti betul ke tidak tetapi satu benda yang aku rasa tak betul ialah bila suami mudahlina cakap mudhalina baru kenal arwah selama seminggu.
Kalau diperhatikan menerusi blog arwah, mereka dah kenal lebih dari seminggu beb. Baca jek ruangan komen. Seme terpapar kat situ tarikh dan masa. Boleh nilaikan sendiri. Tapi bab pukau memukau neh aku cam pelik. Tak pasti betul ke tidak apa yang dikatakan oleh keluarga wanita terbabit.
Cuma kalau baca komen2 wanita tersebut di blog jaya negara, aku tak rasa dia kena pukau. Itu kalau korang tanya aku larh kan. Aku dah khatam blog tue dan aku seriyus boleh cakap jaya negara tue terperangkap dalam satu dunia.
Tatau larh dunia apa.. itulah bahana nya bila jarang bercampur dengan orang. Kita tak boleh hidup bersendirian beb kat dunia neh. Pergi lah cari kawan. Hidup sorang2 membuatkan kita akan berfikir yang bukan2. Ini seriyusss..
Baca bawah neh ;
Keluarga Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau.
Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini.
"Saya perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat tahu tentang dirinya melalui blog," katanya, sambil menambah bahawa dia mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki terbabit.
"Saya rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Mungkin dia telah dipukau," kata Yusof, yang berasal dari Klang yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena tembakan di hospital dekat sini.
Pekerja di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau Panjang, Klang.
Pemeriksaan di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis. -GB-