Ikan kembung RM12 sekilo.
Mahal nak mampos.
Harga ikan dah memang mahal selama neh pun. Kita dah sedia maklum. Sebab tue makan ayam lagi berbaloi dari makan ikan. Bayangkan ikan 3,4 ekor boleh mencecah beberapa ringgit walaupun isinya sedikit berbanding ayam, sekurang2nya kalau makan pun kenyang. Dah tentu2 puas.
Lihat apa jawapan menteri kenapa harga ikan mahal di malaysia ;
Kata timbalan menteri ;
Kenaikan harga ikan melambung adalah perkara yang biasa. Ini kerana, katanya kenaikan tersebut dinaikkan oleh peruncit dan peniaga-peniaga akibat kos tambang dan sebagainya.
Jawapan yang agak ringkas. Macam hujah penyokong2 umno yang aku selalu jumpa. Tiada penjelasan lengkap punca permasalahan. Ermm oke larh. Kata menteri, harga ikan melambung berpunca dari peruncit larh, peniaga larh jadi apakah kerajaan hanya akan membiarkan sahaja golongan kapitalis bermaharajalela tanpa mengambil sebarang tindakan atau apa?
Dan kerajaan sendiri mengesahkan dengan kenaikan kos tambang = harga ikan melambung. Pengakuan dari menteri sendiri oke. Bukan rekaan aku. Jadi mari kita fikirkan siapa yang menaikkan kos tambang di malaysia sehingga menyebabkan harga ikan melambung? Bukan kah itu akhirnya akan berbalik semula kepada kerajaan kita?
Ha Ha Ha
Owhh oke2. Sebelum korang cakap biar aku cakap dulu oke. Aku faham bahawa ;
1. Kalau harga ikan mahal toksah lah makan ikan. Boikot jek ikan tue.
2. Makan lah benda lain selain ikan. Takan itu pun nak kena ajar juga.
3. Kalau miskin, makan je apa yang ko mampu beli, jangan merunggut.
4. Bersyukurlah sekurang2nya harga ikan di malaysia takde la mahal berbanding negara2 lain.
5. Bela ikan sendiri, lebih jimat.
Ini hujah2 mereka. Confirm punya larh kalau complain2 bab macam neh. Tapi hujah tak selari dengan fakta lah der. Untuk no 1 dan no 2 mana kita boleh buat. Ikan antara sumber terpenting untuk mendapatkan protein. Kalau boikot ikan itu bererti gizi pemakaian kita tak seimbang. Kalau tanya doktor pun dia cakap mana boleh boikot ikan.
Hujah no 3 pula, kalau sampai satu saat kesemua harga barang makanan benar2 mahal dan membebankan golongan miskin, apakah mereka tak perlu makan lagi? Tunggu mati tak makan ke? Kalau dulu boleh beli ikan kembung, then menurun kepada ikan masin, then menurun kepada ikan kering, then langsung tak mampu beli ikan, apa yang mereka perlu buat? Pendapatan kekal = perbelanjaan naik = meningkatkan kadar kemiskinan.
Sebenarnya rakyat malaysia ramai di antara mereka telah dan masih mencuba untuk berjimat cermat sehabis yang boleh. Almaklumlah di malaysia ni bukan je harga rumah, kereta, pendidikan, perubatan dan cukai yang mahal, bahkan makanan pun mahal. Takde yang murah melainkan kadar gaji jek murah.
Tapi macam biasalah, mana larh kerajaan nak nampak seme tue. Pemimpin2 kita senang2 belaka. Mereka hidup mewah hasil keringat rakyat marhaen. Cuba kalau mereka hidup di tempat kita satu hari.. mao menangis mendayu2.
Cuba suruh najib test jadi rakyat biasa sehari. Sehari pun cukup larh. Duduk di rumah kecik yang panas, naik motor pergi kerja dengan gaji rm600 sebulan dan berdepan dengan pelbagai kenaikkan. Tengok boleh tak dia hidup tanpa komplain. Kalau boleh, memang tahniah di ucapkan. Sebab berlakon hipokrit sampai cam tue sekali.
kah kah kah