t>

Breaking News

Mat Motor pun sayang TGNA.

Pada 1 Januari 2012, Kelab RD Malaysia (RD CLUB Malaysia) dengan kerjasama Kelab Pencinta Dua Roda Malaysia dan Kelab Pemilik Motorsikal Yamaha Lagenda Malaysia Cawangan Kelantan (Mylamoc) telah mengadakan konvoi Serambi Mekah 2012 ke Kota Bahru, Kelantan bagi bertemu dengan Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat . 

Konvoi ini disertai seramai 20 peserta yang datang dari Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor dan Kelantan. Konvoi yang mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dan SUK Negeri kelantan ini dimulakan dengan majlis makan tengahari di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kg Sirih, Kota Bahru diikuti solat Zuhur berjemaah.

Selepas itu, konvoi bergegas ke Pulau Melaka bagi menunaikan solat Asar bersama-sama Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat. Peserta konvoi juga berkesempatan beramah mesra dengan beliau dimana beliau turut memberikan nasihat agar berhati-hati menunggang motorsikal dan jangan lupa berhenti untuk bersolat ketika konvoi dan selepas solat jangan lupa pula untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan juga guru kita.
Pengerusi Kelab RD Malaysia Cawangan Kelantan, Nik Ahmad Hishamudin juga sempat menyampaikan cenderamata kepada beliau tanda penghargaan dan penghormatan Kelab RD Malaysia terhadap kepimpinan Yang Dihormati Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.








 Nak menangi hadiah istimewa dari drypers? Klik sini.

Sumber : Pengirim email.