Keluarga lelaki amuk di JPM mohon jangan di kacau.
Hormati saja permintaan dari mereka. Itu hak dan privacy mereka. Jangan ditambah rasa kesal, kecewa dan sedih keluarga itu lagi. Rasanya kes neh menjadi besar sebab ;
1. Berlaku di JPM = berdekatan dengan jabatan perdana menteri.
2. Dikaitkan dengan sentimen politik.
Biasalah kalau dah masuk bab politik benda simple pun boleh jadi rumit. Mana tidaknya pelbagai teori konspirasi larh, apa larh seme diadun dan ikut masuk sekali dalam insiden tersebut seolah2 cerita tue ada kisah disebaliknya.
Tah2 cuma memang arwah saja2 mengamok disitu dan polis pula terpaksa tembak sebab nak kawal keadaan. Kalau dah letak pedang kat leher ko tahu larh ko camne kaget ke tak kaget time tue. Sembang kencang boleh larh.. sekali dia libas usah kata pistol dengan tubuh badan ko sendiri tercampak der.
Apa pun aku bukan nak siding pada mana2 pihak. Cuma letih dan jemu jek baca teori2 konspirasi korang. Cam skrip drama lucah dari parti tertentu jek.. tak habis2. Muahaha..
Ahli keluarga lelaki yang mengamuk di Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, enggan ditemubual dan meminta polis untuk menjauhkan wartawan daripada mereka.
Perkara itu dimaklumkan pegawai Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepada wartawan kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Difahamkan, mayat Khalil tiba di HKL kira-kira jam 10 pagi untuk proses bedah siasat.
“Ahli keluarga mangsa enggan memberi kerjasama dan tidak mahu mengulas berkaitan insiden yang berlaku di Jabatan Perdana Menteri, kelmarin. Mereka juga minta pihak polis untuk mengawal keadaan dan menjauhkan wartawan daripada mereka,” katanya.
Menurutnya, jenazah akan diuruskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebelum diserahkan kepada keluarga.
Tinjauan Sinar Harian di Unit Perubatan Forensik Negara, HKL semalam mendapati, beberapa anggota polis mengawal pintu masuk unit itu daripada dimasuki wartawan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di rumah keluarga suspek wanita amuk, Muhdalina Ahmad, 28, di Kota Damansara mendapati kediaman itu tidak berpenghuni.
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak begitu mengenali Muhdalina kerana wanita itu tidak tinggal di situ.
Katanya, dia difahamkan, Muhdalina tinggal dan bekerja di Klang serta hanya sekali-sekala pulang ke rumah keluarganya.
“Saya sangat terkejut mendengar berita yang melibatkan Muhdalina dengan kejadian itu. Saya harap keluarganya bersabar,” katanya. -SH-