t>

Breaking News

HOT : Polis lempang peniaga.

Adeh..

Sesia jek kena lempang tak pasal2. Agak2lah nak gunakan kekasaran sebegitu terhadap orang awam. Apa salahnya kalau menjawab ataupun menerangkan elok2 kepada orang awam yang bertanya. Yang sampai nak lempang melempang tue buat apa?

Haishh..


Baca petikan berita kat bawah neh sat ;

Seorang peniaga runcit terkejut dilempang pipi kiri oleh seorang anggota polis berpangkat Inspektor semata-mata kerana dia mempersoalkan mengapa rumahnya digeledah tanpa waran dalam satu kejadian di Kampung Haji Noor, Jalan Air Hitam, Machap, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Menurut Samsudin Seman, 56, sebelum kejadian, dia berada di kedai runcit miliknya sebelum dihubungi anaknya, Mohd Suhaimi, 31, mengatakan sekumpulan anggota polis datang dan menggeledah barang dalam rumah mereka.

"Saya terus pulang ketika sampai, saya lihat ada tujuh anggota polis berada dalam rumah dan menggeledah kediaman saya sehingga habis bersepah semua barang," katanya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Samsudin bertanya kepada salah seorang anggota polis itu sama ada mereka mempunyai waran berbuat demikian.

“Salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya sebagai pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Menurutnya, dia tak perlukan waran untuk menggeledah kerana dia seorang pegawai," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih mengejutkan, apabila anaknya bertanya kepada pegawai polis berkenaan rumah siapa sebenarnya yang mereka cari, salah seorang daripada mereka terus memecahkan pintu salah satu bilik tidur kerana mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.

Setelah puas kami bertanya soalan yang sama, barulah salah seorang daripada mereka memberitahu yang mereka sedang mencari rumah suspek bernama Taufik. Kemudian saya beritahu kepada mereka, dalam rumah ini tiada sesiapa pun yang bernama Taufik.

“Namun apa yang menyedihkan, sebaik berkata demikian, pegawai berpangkat Inspektor itu memanggil saya dengan perkataan kurang sopan dan secara tiba-tiba terus melempang pipi kiri saya tanpa sebarang sebab,” katanya.

Samsudin berkata, dia juga kesal kerana pegawai polis tersebut hampir mahu menggari dan membawanya ke balai polis dengan alasan dia tidak mempunyai MyKad, sedangkan pada masa itu MyKadnya tertinggal di kedai kerana bergegas pulang ke rumah.

“Selepas kejadian tersebut, saya bersama-sama anak membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam. Saya turut membuat pemeriksaan doktor di Klinik Simpang Renggam, malah akan menyerahkan segala-galanya kepada peguam dilantik anak saya bagi menangani kes ini.

“Saya tiada niat langsung untuk membalas dendam, cuma tidak mahu pegawai polis berkenaan terus menyalahgunakan kuasanya kepada orang ramai,” katanya. -SH-

Jawapan polis berkenaan isu neh ;

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang ketika dihubungi menafikan ada pegawainya yang melakukan kekasaran kepada Samsudin ketika melaksanakan tugas itu.

"Tidak ada sebarang kekasaran berlaku kepada pengadu (Samsudin), malah pegawai saya juga tidak tersilap rumah.

"Saya kesal dengan tindakan warga emas berkenaan yang membuat laporan seolah-olah pegawai kami melakukan kekerasan terhadapnya sedangkan ia tidak benar," katanya.
  -SH-

Minta maaf.

Aku minta maaf banyak2. Aku seboleh2nya tak nak buat penilaian bias kepada mana2 pihak. Aku juga takmo membuat anggapan bahawa semua polis adalah sama. Tapi ikut dari pengalaman aku, terus terang aku cakap, sukar aku nak percaya kata2 polis. Siyes.

Bagi aku, apabila seseorang itu belum lagi pernah dipukul or dikasari oleh polis then polis bertindak menafikan perbuatan tersebut di media, maka selagi itu lah dia takan faham apa perasaan pakcik neh. 

Bukan nak bekap pakcik neh melulu oke, tapi apa yang pakcik neh rasa, aku juga pernah rasa ketika di bersih 2. Dan perkara tersebut aku ingat sampai sekarang. Bahkan, mungkin ingat sampai bebila2. 

Dan jangan salah faham. Tiada sesiapa pun yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada pihak polis ketika mereka sedang menyiasat dan sebagainya. Ini untuk keselamatan dan kepentingan orang awam juga. So kita pasti sokong.

Apa yang orang awam persoalkan sekarang neh ialah di manakah justifikasi, SOP, dan tolenrasi polis ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan orang awam yang tidak bersalah dilayan seperti penjenayah pula. Itu jek. Tolong larh faham. Bai.