Kisah sedih - Curi sisa makanan pun orang marah !
CURI SISA MAKANAN PUN nak LAPORKAN kepada POLIS?
KEBODOHAN apekah itu?
BODOH NAK MAMPOS punya orang. Mula larh jari aku melazer pepagi neh.
Baca kat bawah neh sat ;
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.
Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.
Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.
"Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya.
Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.
Aku cuma mahu makan saja," katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.
Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.
“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.
"Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.
"Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya. -SH-
Orang awam yang suruh bawa p balai tue bodoh gamaknya. Dia tatau apa rasanya lapar. Orang2 macam tue mesti tak pernah hidup miskin dan hidup susah.
Orang yang pernah hidup miskin, yang takde duit nak beli makanan kat kantin sekolah, yang kena balik jalan kaki bila tertinggal bas sekolah sebab takde duit tambang, yang hanya mampu tengok kawan2 berbangga dengan baju sekolah baru dan kasut baru, yang hanya dapat baju baru setahun sekali macam aku neh boleh faham kehidupan orang2 gelandang macam neh.
Lapar bukan satu perkara yang bagus untuk dikenangkan. Bahkan tak bagus langsung untuk di alami. Takde mana2 manusia di dunia neh yang nak merempat mengemis makanan kat orang lain. Tapi kalau dah jumpa or terserempak dengan orang macam neh, bagi aje larh. Bukan ko susah apa pun kalau dia makan. Sisa makanan aje pun. SISA. Bukan makanan betul.
Dah tue terjadi di masjid pula tue. Bukan nak tuduh2 bhai. Tapi aku percaya orang awam = orang islam. Dan tersangatlah sakit ahti aku melihat perangai orang islam macam neh. SAMPAH!
Macam mana larh orang tak pandang hina, buruk dan serong terhadap umat islam. Pasal makan sisa pun nak kecoh bagai.
Haktuiii.