Jurufoto: Polis paksa saya padam gambar kekerasan.
Pengakuan berani mati dari seorang jurugambar. Bukan dari suratkhabar alternatif tetapi dari suratkhabar media arus perdana. Baca sendiri apa yang dia alami pada BERSIH 3 yang lepas ;
Jurufoto sebuah harian berbahasa Inggeris berkata, beliau bimbangkan keselamatan dirinya ketika sekumpulan polis mengerumuni dan memaksanya memadam gambar anggota keselamatan sedang memukul peserta BERSIH yang disimpan dalam kad memorinya.
"Bila beberapa orang daripada mereka mengelilingi saya, perkara buruk mungkin berlaku. Saya takut...
"Mereka minta kamera saya, saya tidak berikan. Mereka minta minta kad memori saya, saya tidak berikan."Saya lihat mereka pukul peserta himpunan, saya takut mereka mencederakan saya," kata jurufoto TheStar P Puspanathan kepada siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan kekerasan dalam himpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 3.0.
Beliau mengisahkan kembali bagaimana beberapa pegawai polis bertindak demikian semasa menjalankan tugas sekitar Masjid Jamek dalam himpunan 28 April itu.
Katanya, selepas mengambil gambar berkaitan, seorang pegawai polis berseragam datang kepadanya dan melarang tindakan itu sebelum sekumpulan "SB" datang dan memaksanya memadamkannya.
"Mungkin mereka tidak mahu saya ambil gamabr mereka sedang memukul peserta himpunan," kata Puspanathan. -MKINI-
Kalau polis sedang melakukan tugas kenapa larang jurugambar dari merakam gambar? Kenapa perlu takut dengan persepsi andai mereka lakukan perkara yang benar? Kat sini jek dah boleh nampak macam mana kurang ajar nya polis melayan rakyat marhaen.
Macam yang aku sebut2 selalu, polis nak serang orang yang langgar penghadang kat jalan bertentangan dataran merdeka tue logik lah juga. Sebab mereka langgar sekatan. Tapi nak serang orang belakang yang tatau apa2 itu apa citer?
Kalau dah salah mengaku aje. Senang. Tak guna tegakkan benda yang salah. Bukti seme dah ada. Terima je larh hakikat.