Kucing masak kari enak di makan.
Uwekkkk
Nak muntah aku baca pengakuan pemuda myammar yang duduk kat malaysia neh. Sengal siott. Jijik + gelikk..
Muka lelaki yang makan kucing ;
Aku rasa aku ada niat tak bagus terhadap lelaki di atas. Siyes.
Dia cakap ;
Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar.
Then dia sambung ;
“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu.
Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.
Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.
“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.
Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.
“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.
Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.
“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.
“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.
“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.
“Oh, tidak,” jawab Jimmy. -SH-
Korang kehilangan kucing? Ada orang myammar tinggal berhampiran? Awas. Jaga kucing masing2. Aku mula rasakan yang banyak kucing2 di malaysia neh hilang adalah angkara orang myammar tak guna tue. Lahanat sungguh!