Allah swt suruh pecahkan rumah Gopi ye?
Gopi telah menjadi terkenal dalam satu hari. Seme neh gara2 satu posting kat bawah neh hah ;
Kalau kita perhatikan statement gopi di atas memang tak cerdik langsung. Tapi kata gopi account dia kena hack namun dia sedia bertanggungjawab dan minta maaf atas perkara yang telah berlaku. Betul ka kena hack? Tah. Anggap je la dia berkata benar or jangan anggap apa2 sehingga terbukti sebaliknya.
Kenyataan maaf dia kat bawah neh hah ;
Nak tahu samada dia berkata benar atau tidak, biarkan aje polis siasat kebenaran nya. Kalau korang ada masa terluang dan rasa nak siasat try la analisis cara penulisan dia di facebook. Adakah ada persamaan dari segi tatabahasa, penggunaan ayat dan ejaan. Kalau sama kemungkinan besar memang si gopi yang menghina. Kalau tiada, maybe benarla dia kena hack.
Tapi tak kira la samada dia yang update or kena hack sekalipun itu bukan alasan untuk sesiapa pun pergi attack rumah si Gopi tu. Walaupun tindakan dia tu dilihat biadap tetapi tindakan orang yang attack rumah dia pun sama je biadapnya.
Gopi memperlekehkan dan mempersendakan islam = biadap.
Individu yang serang rumah gopi disebabkan sikap gopi = biadap.
Undang2 bukan ditapak kaki ko, aku dan mana2 manusia. Kita tak buat undang2 untuk dijadikan perhiasan atau mahkota. Ia dibuat untuk dilaksanakan ketika ia perlu dilaksanakan. Dalam kes Gopi, itu kerja polis yang uphold undang2 bukan kerja kita.
Jika undang2 boleh dilaksanakan dengan sesuka ahti dan sesiapa pun boleh serang sesiapa yang dia sukai jadilah seperti keadaan sekarang. Simbah cat, letak bom, ugut orang dan sebagainya. Walaupun kita tak menganggap keadilan di malaysia berada pada posisi terbaik dan ter-adil tetapi still kita kena berpegang kepadanya.
Nak menunjukkan kita tak suka dengan cara Gopi adalah bawa kes neh ke balai polis untuk disiasat. Biar undang2 mengajar dan menentukan tempat dia. Menyerang rumah orang dan menganggap tindakan itu betul adalah ciri2 orang yang tak amalkan islam dengan betul. Islam tidak pernah mengajar or menyuruh kita bersikap biadap dan amek tindakan sendiri ber-asaskan emosi.
Ini bermaksud si penyerang = Gopi sama dari segi sikap cuma berbeza kaedah pelaksanaan jek.
Beza antara penganut muslim dengan penganut non muslim ialah penganut muslim cenderung belajar dan mendalami islam dan penganut bukan muslim cenderung tidak terdedah kepada perkara2 tersebut.
Oleh kerana mereka cenderung mendalami islam, maka mereka takan pergi serang rumah orang. Perbuatan menyerang rumah orang membuktikan si penyerang tidak cenderung kepada ilmu islam dan jika itu berlaku daripada sibuk serang Gopi lebih baik gunakan masa yang ada untuk dalami islam. Bai.
Gambar : Ehsan google.