Keluarga Gopi diserang dan Gopi dalam tahanan Polis.
Dah kena tahan dah budak Gopi tue.
Dia kini dalam tahanan polis. Bukan dia pergi serah diri taw tapi polis direct p rumah dia dan tahan dia disebabkan kata2 dia di facebook yang jelas mempersendakan islam dengan memperolok2kan Allah swt dan Nabi Muhammad saw.
Polis tahan dia pada jam 11 pagi tadi. Gopi berusia 25 tahun. Sebelum tu, gopi dah pergi dah ke balai polis untuk buat report polis bagi menafikan dia ialah individu yang keluarkan kenyataan menghina di facebook. Dia bagi alasan kat polis bahawa komputer riba dia pernah hilang sebelum neh. Tapi kalau baca balik permohonan maaf dia kat bawah neh aku rasa nak gelak je.. boleh?
Hahaha..
Secara logiknya penyokong umno yang terang2 pakai baju umno dan bn berani je baling cat dan pecah rumah orang. Kalau ikut logik si gopi neh la kan.
Wakaka..
Tapi perbuatan menyerang keluarga gopi dan rumah milik keluarganya amatlah dikesalkan. Aku tatau sapa serang tapi perbuatan tu biadap sebab melangkah undang2. PDRM kena siasat juga penyerang2 rumah gopi. Marah bukan alasan untuk bertindak melangkaui undang2 beb.
Gopi hina islam kemain marah kaw. Tapi serang rumah orang ciri2 muslim yang pertahankan prinsip islam ka? Apsal i donno ?
Rumah keluarga pemuda yang didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W menerusi laman sosial Facebook diserang sekumpulan lelaki di Taman Klang Jaya, Klang awal pagi ini.Rumah keluarga pemuda berusia 25 tahun itu diserang sekitar jam 1.30 pagi ini.Wartawan Utusan yang tiba di rumah tersebut sekitar pukul 3 pagi ini mendapati keseluruhan barangan di dalam rumah itu rosak teruk dengan semua barang dipecahkan serta diselerakkan.Turut dirosakkan sebuah kereta jenis Perodua Gen2 manakala rumah tersebut ditinggalkan dengan lampu dan kipas yang masih terbuka.Usaha mendapatkan keluarga berkenaan juga gagal apabila rumah itu ditinggalkan selepas dipercayai mereka diselamatkan oleh orang ramai dan pihak berkuasa. -UM-
Rileks sudah. Marah over2 tak membuktikan ko lebih sayangkan Allah swt daripada orang yang marah ikut akal. Setahu aku orang yang tak tunjukkan rasa marah dan bersabar itu lebih sayangkan Allah swt sebab dia bertaqwa dan tahu bertindak ikut akal.
Apa pun gopi kini dalam tahanan polis. Polis dah buat kerja dorang. Kerja korang? Jangan serang rumah dan keluarga gopi, cukuplah.