t>

Breaking News

Polis serbu page murtad di facebook ???

Baca bawah neh ;




Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Terima kasih kerana sudi izinkan saya masuk ke dalam group ini.Berdasarkan pelbagai laporan awam saya mendapati group anda menyalahgunakan kebebasan bersuara mengugut penganut2 beragama di Malaysia dan mendatangkan kemarahan umat islam.Melalui undang-undang jenayah sivil dan syariah,anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.Budi bahasa budaya kita,jangan jadikan fahaman anda sebagai medium kebebasan bersuara untuk menghina agama-agama lain.

Sila hubungi saya atau pegawai bertugas di :

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
Polis Diraja Malaysia
Jalan Hang Tuah
51100 Kuala Lumpur

Telefon : 03-21460522

Sila bawa sahabat-sahabat anda yang murtad untuk siasatan lanjut,atau kami akan jejak anda dan anda akan dijadikan buruan oleh kerajaan Malaysia.Pihak kami tak teragak-agak bekerjasama dengan pihak imigresen dan lembaga hasil dalam negeri untuk membekukan perjalanan anda ke luar negara.

Admin-admin serta beberapa orang yg dalam senarai kami sila ke balai untuk siasatan lanjut. Ayee Mazlan,anda baru dimasukkan dalam senarai untuk perhatian pihak kami.Sekian.

Terima kasih pada admin kerana sudi memberi peluang untuk saya menulis di sini.Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa.

Benda neh aku dapat kat sini.

Ada juga yang pertikaikan bahawa account tu adalah polis. Bahkan ada satu lagi nama yang dipercayai melayu dikatakan murtad oleh individu yang konon nya POLIS tu. Rujuk atas. Siap ada link facebook dia lagi. Betui ka dia murtad? Takde bukti maleh aku nak tuduh2.

Kalau sungguh POLIS nak amek kes neh jadi serius aku sokong. Bukan apa. Aku rasa dorang neh tak boleh dibiarkan. Jangan salah faham. Aku bukan suruh polis tangkap, tahan, hukum dan bunuh. Sebaliknya aku nak polis fikirkan langkah2 pencegahan dan pengawasan.

Contohnya bawa mereka ke jabatan agama dan tarbiah mereka habis-habisan. Kadang2 mereka neh terlalu banyak berfikir. Nak cakap bodoh tu tak la. Tapi akal yang suka fikir keterlaluan sedangkan ilmu mereka mengenai islam tak cukup dalam.

Contoh orang yang banyak berfikir akan bertanya bagaimana Allah swt hidup di atas langit.. betul ka Allah swt ada disitu.. kenapa Allah swt utuskan Nabi saw dan tak jadikan seme manusia baik2 jekk? Bukan kah Allah swt yang menciptakan manusia? Kenapa tidak dia jadikan seme manusia itu bersikap serupa seperti malaikat.. taat kepada Allah swt supaya manusia tak saling bercakaran..

Pemikiran2 seperti neh tidak salah. 

Salahnya cuma sudah la berfikir seperti itu, tidak pula mencari tahu di tempat yang betul, tidak juga mahu berguru dan mencari jawapan yang benar.. sebaliknya membiarkan diri sendiri diheret dengan pemikiran2 tersebut sehingga menyimpangkan akal dan iman sendiri.

Jika kita ada pemikiran2 seperti itu kita direct tanya ustaz je. Jangan biarkan diri kita berfikir2 sendirian. Buku agama bersepah2 ada untuk jawapan kepada persoalan2 di pemikiran kita. Jangan takut untuk bertanya. Dan jangan juga takut untuk mencari jawapan. Time nak tanya pandai. Tapi nak cari jawapan tak pandai.

Bila tak dapat jawapan mula la melilau murtad apa bagai. Sebab tu penting untuk kita bantu mereka2 semula sebelum mereka terheret jauh ke dalam. Bagus la kalau PDRM nak memainkan peranan seperti itu disini. Aku 100% sokong. Dengan kerjasama dari jabatan agama. Elok kita bersatu untuk tarbiah dan ubah rakan2 seagama kita. Jangan kita sibuk nak salahkah penganut dan agama lain bila mereka dah murtad. 

Sebaliknya salahkan diri kita sebab kita tak amek peranan untuk membantu mereka2 yang telah murtad kembali ke pangkal jalan. 

Sebenarnya aku tengok ada kes2 kahwin campur yang terlibat dalam kegiatan murtad. Bukan apa, pasangan kahwin berbeza pegangan agama dan tukar agama lepas kahwin. Lepas kahwin usaha nak tarbiah agar mereka kenal islam.. takde. 

Bila dah jadi macam tu.. anak2 terikut2 la dengan cara hidup ibu or bapa mereka. So bila berlaku macam tue.. kat mana plak kita nak salahkan? . 

Bukan halang or dikriminasi perkahwinan campur atau apa sebab aku pun dalam kategori itu cuma berharap sangat agar perkahwinan campur boleh disusuli dengan tarbiah pasangan masing2. Anak2 kalau tak diajar mengenai islam macam mana la mereka nak cinta islam.. jadi jangan nak heran sangat kalau ramai di kalangan mereka murtad. Fikirkan.