t>

Breaking News

Bukti2 penipuan razis mula tersebar.






Agak terkejut selepas aku baca berita2 di atas. Ini antara petikan berita yang membabitkan razis. Berita2 ini semua nya berkaitan penipuan dalam pelbagai bentuk. Kalau kita perhatikan maknanya dah lama dah juga dia bergiat aktif sebagai penipu.

Kesemua berita2 ini aku dapati dari sini. Ada banyak lagi dan korang boleh dipersilakan klik link tersebut untuk lihat satu persatu bukti yang di upload berserta dengan laporan polis yang telah dibuat.

Antara perkara yang membuatkan aku terkejut ialah razis pernah berkahwin dengan seorang ustazah dari myammar. Ustazah tue pula siap mengajar kafa dan buka pusat asuhan kanak2. Rupanya kita dah ada pengasuh dari myammar pula. 

Mesti bisnes neh terlalu untung sampaikan warga myammar pun buka pusat asuhan di malaysia. Tapi sayangnya segala apa dokumen takde. Kiranya cara haram juga le dia masuk ke sini. Bahkan hubungan razis dengan wanita itu sendiri dikatakan 'haram' juga. Sebab tue kena tangkap basah.

Selain itu razis juga pernah terlibat dalam satu penipuan yang menyebabkan wajah + no ic nya terpampang di satu pasaraya.


Menurut Atikah, isteri kepada razis yang kini dalam proses perceraian menyatakan ;

saya mendapatnya sewaktu ke axis di ampang.masha Allah pintu masuk ke pasaraya tersebut trpampang kertas A4 ini..rupa2nya bukan shja dipintu masuk, bahkan di dalam lif dan dinding2 di situ..sy brtemu salah seorg pak cik yg mnjadi mngsa..dia betul2 marah dan mngatakn bukn shja dia ditipu bahkn orang lain yg bkerja di bangunan trsebut turut ditipu..(ini adalah i/c lama..dia telah menukar i/c baru..)
Nur Atika Mohd Haris Puteri Orked: pak cik tu mnjual quran digital..dia mngambil stok dari pak cik tu tapi dia xbayar..kalau 1 or 2 xpe..ni byk yg sy xingt jumlahnya..pak cik tu memang marah dan tunjuk parang kat saya.dia ckp kalau die jumpe beliau die akn habiskn beliau..saya trdiam melihat tindak balas pk cik tu..mse sy masuk bngunn pusat mmbeli belah tu,ada guard yg jaga kat pintu masuk..dia ckp ic yg dilekt kat pintu tu penipu yg ramai tipu duit org kat sini(pekerja pusat membeli belah tu)

Bacaan penuh disini.

Pakcik yang tunjuk parang tue mesti marah sangat. Agaknya penipuan yang melibatkan nilai ribuan ringgit kot. Berani juga cik nur atikah pergi jumpa pakcik tue untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penipuan2 razis ye. Salute. Tapi masih ada yang tak henti2 perkecilkan ustazah atikah dengan tuduh dia macam2. Tak perlu la seme tue.  Nak bantu, bantulah. Jangan la dok meleret2 pasal aib apa seme. Hadoi.

Harap2 juga pakcik tersebut ada buat report polis. Aku juga harap2 mangsa2 penipuan razis di axis, ampang ada buat laporan polis. Kalau korang report polis at least polis boleh berbuat sesuatu.

Dan terkini yang disiarkan di HM sebentar tadi. Korang baca la kat bawah neh ;

“Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan.” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.

“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.

“Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan ‘Abdullah’, malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.
Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.

“Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang,” katanya.

Tabah juga wanita ini. Mungkin kesan mengandung kot. Dengan razis dapatlah dia 2 anak. Yang kesian tue kedua2 anak tue di anggap anak diluar pernikahan. Sabar je la.

Apa pun, kita berharap jika ada di luar sana yang baru membaca kisah ini dan rasa2nya anda juga telah ditipu oleh individu yang sama maka tampilkan disini berserta dengan laporan polis. Bukan kita nak sebarkan aib sesiapa ya. Sekadar nak beri peringatan agar orang lain tidak tertipu dan terkena sebagaimana mangsa2 penipuan razis terkena sebelum ini.