t>

Breaking News

[Video] Cari isteri terbaik - Alasan Ustaz Razis kahwin banyak kali!

Kes yang pertama kali kita paparkan disini sehingga menjadi kontroversi di media sosial akhirnya menemui jalan penyelesaiannya. Berharap sangat mangsa2 penipuan razis boleh tampil di mahkamah dan balai polis bagi menuntut keadilan buat pihak masing2. Begitu juga dengan isteri2 razis. Semoga penderitaan mereka terubat dengan berita penangkapan razis yang dilakukan pada malam tadi.

Ini video penangkapan razis yang dilakukan oleh JAIS.




Namun aku agak terkesima bila mendengar alasan razis kenapa dia kahwin banyak kali.


“Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.
Sumber : sini

Takde masalah nak cari yang terbaik. Tetapi perlukan sampai 9 kali? Untuk rekod razis kata dia kahwin sebanyak 9 kali jek. Bukan 11 kali. Dan dia tak pernah ada isteri melebihi dari 4 dalam masa yang sama. Kahwin cerai kahwin cerai la.

Yang aku heran tue, dah kahwin sampai 9 kali pun tak jumpa2 lagi yang terbaik dan kena dengan selera dia ke? 9 kali weh. Ada pengalaman dengan 9 jenis wanita yang berbeza. Satu pun tak ngam ka dengan selera dia? 

Yang peliknya.. pasal apa dalam dok mencari yang terbaik tue anak2 jadi mangsa? Alamak aiiii.. semata2 nak kan calon isteri terbaik anak2 pula diabaikan. Kalau sungguh nak try test tak payah la bagi isteri mengandung. Pandai2 la trick dah memang plan nak tinggalkan isteri lepas kahwin sebulan dua kan. Almaklumlah razis jek terbaik. Isteri2 dan bekas2 isteri dia mana ada terbaik macam razis.

Aku bukan apa. Nama jek ustaz. Aku fikir ustaz mesti pandai dakwah dan tarbiah orang. Kalau sekalipun dia kahwini seorang perempuan yang tak terbaik, tapi sebab dia ustaz mesti dia tahu tarbiah isteri dia kan.. 

Sibuk mencari terbaik sampai lupa meneliti diri sendiri. Terbaik kah diri dia sampai berhak mempermainkan ahti 9 orang wanita yang benar2 ikhlas mahu membina rumah tangga dengan dia?

Dalam masa 4 hari pun dah boleh lari tinggalkan isteri. Hebat razis neh. So terbuktilah dalam masa singkat razis boleh mengenalpasti samada isteri2 dia tue terbaik atau tidak. Tapi kenapa sebelum kahwin tak kenal pasti dulu?

Senang betul bagi alasan selepas mempermainkan dan mengenakan orang ek? Tahniah la JAIS sebab menangkap razis. Dan kepada razis, sudah2 lah tue. Kita semua memang nak kan pasangan yang terbaik. Tetapi dalam pencarian tersebut janganlah kita suka2 mempermainkan orang.

Fikirlah.. apa perasan wanita2 yang terpaksa jadi janda dalam usia muda dan ada anak2 nak tanggung selepas ditinggalkan tanpa khabar berita dari seorang insan yang bernama suami. Yang lebih menghampakan ada di antara mereka bukan sekadar ahti jadi permainan, duit pun sekali kena tipu. Hari neh kita buat orang esok lusa kena kat adik beradik kita or diri kita baru kita tahu apa rasanya.. fikir2kan la ek razis..