t>

Breaking News

Gambar JPJ terima rasuah tersebar?





PANDANGAN DARI TINGKAP
...........................................

Bunyi Brek Lori,,,,,,ingatkan nak turunkan balak untuk kawan rupa rupanya ditahan oleh 3 orang Pegawai JPJ.Agak lama juga perbincangan,,,,,,,,Pegawai JPJ terus berlalu meninggal lori tersebut yang penuh sarat dengan kayu Balak yang dikeluarkan tidak jauh dari rumah kawan. WALLAH ULAM..............pemandu lori tersenyum lebar.

Ini petikan dari sini ;

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=382443831829861&set=a.106095142798066.10985.100001927431849&type=1&ref=nf

Analisis aku 

1. Bukti yang mengatakan sesiapa menerima rasuah or sesiapa sedang memberikan rasuah takde.

2. Tapi lori balak tue terbukti melanggar peraturan sebab membawa muatan secara berlebihan.

3. Dan lori2 beroperasi secara berleluasa. Kat tempat aku pun ada. Banyak kali aku jumpa lori2 yang uzur keadaan nya + membawa muatan + menjejaskan keselamatan pengguna lain. 

4. Yang peliknya walaupun ko report berapa banyak kali sekalipun, lori2 seperti neh masih tetap beroperasi.

5. Letaklah full description ka, bagi gambar sekali ka apa ka dorang tetap beroperasi di atas jalan. Macam tak pernah kena report langsung.

6. Aku pun tak faham kenapa itu berlaku tetapi aku cadangkan la.. pasukan peronda = penguatkuasa kena la bertugas memantau jalanraya. Lakukan secara sistematik dan tersusun. Maksud aku buat macam unit peronda. Mereka kena meronda dari satu jalanraya ke satu jalanraya dan kalau terjumpa je lori yang langgar arahan terus saman on the spot. Kalau yang neh dorang buat aku fikir rakyat pun tak kisah.

7. Kalau boleh saman tue atas tanggungan bersama. 50% pemandu 50% syarikat. Kenapa pemandu kena tanggungjawab? Dah dia bawa sapa suruh? Dah tahu lori2 tue tak memenuhi spesifikasi kenapa masih nak bawa atas jalan? Jangan disebabkan nak fikir untung diri sendiri dia jejaskan keselamatan orang awam pula.

 8. Lepas tue syarikat yang mempunyai saman lebih dari 10 kali boleh dikenakan tindakan tatatertib. Jangan hukum dorang dengan duit sebab duit boleh cari. Tapi hukum dorang keras sikit. Rampas lori dorang. Untuk satu tempoh tertentu. Takde rayuan. Jangan bagi peluang merayu. Memberikan peluang untuk merayu bererti memberikan peluang untuk rasuah bermaharajalela. 

Lepas tue biarkan taukeh2 balak, syarikat2 tersebut termasuk kakitangan dorang terlibat dalam kerja2 kemasyarakatan. Buat kerja2 sosial. Kalau boleh yang berat2. Seperti kena bersihkan satu kawasan secara gotong royong sesama staf. Satu silap, satu syarikat kita hukum. Biar padan muka. Ingat kes membabitkan keselamatan orang awam kes main2? 

Undang2 kat malaysia neh tak keras langsung. Apa2 pun boleh settle dengan duit. Bagi orang kaya le. Yang bagi orang miskin even terdesak pun kena hukum berat2. Dah le terdesak lepas tue hukuman pula berat atas alasan itu yang termaktub dalam perlembagaan. Tapi bila kena kat orang kaya, orang berduit, syarikat multimillion ewahh undang2 ke mana peraturan perlembagaan ke mana. Tak adil kaw2. Apa pun tak boleh.