Isu mengenai kehalalan Restoran Pelita Nasi Kandar.
Ada orang yang mewakili pihak Restoren Pelita Nasi Kandar inbox dan meminta aku menyiarkan penjelasan mereka mengenai isu status halal restoran tersebut.
Kat bawah neh penjelasan mereka. Betul ke tidak pepandai la korang buat keputusan sendiri.
Ringkasan lanjut mengenai isu Halal Restoran Pelita Nasi Kandar :• Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd. (Restoran Nasi Kandar Pelita) telah melantik pihak AnsarComp sebagai konsultan bagi mendapatkan sijil Halal JAKIM di mana projek telah bermula pada 1 Mac 2012.• Pra-Audit dari pihak AnsarComp telah diadakan sebelum audit dari pihak JAKIM sehinggalah Restoran Pelita Nasi Kandar telah sah mendapat sijil halal pada 1 Mei 2012.• Sebagai pihak konsultan yang bertauliah, AnsarComp sangat mementingkan kualiti dalam kerja termasuk ketika proses audit dijalankan di Restoran Nasi Kandar Pelita berdasarkan senarai semak yang telah ditetapkan.• Dalam prosedur pensijilan Halal, AnsarComp membantu semua pelanggan kami termasuk Restoran Nasi Kandar Pelita dengan mengamalkan polisi ‘Tiada jalan singkat’ untuk mendapat sijil Halal.• Sepanjang dua bulan AnsarComp bekerjasama dengan Restoran Nasi Kandar Pelita, segala prosedur dalam pensijilan Halal JAKIM telah mereka patuhi sehingga membolehkan mereka mendapat sijil Halal JAKIM. Kesungguhan pihak mereka untuk mendapatkan sijil Halal wajar dicontohi dan dipuji bukan untuk dipersoalkan tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan.• Perkara-perkara yang selalu menjadi isu dan digembar-gemburkan di laman sesawang adalah bersifat fitnah dan tuduhan melulu serta bertujuan jahat. Bahkan pihak kami sebagai konsultan yang bertauliah menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang tidak berasas itu.• Selain Nasi Kandar Pelita, pihak Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd juga telah mendapatkan sijil halal bagi beberapa buah anak syarikat yang lain iaitu Ayam Pelita Sdn. Bhd., Hotel Palm Inn (M) Sdn Bhd. serta Pelita Hotel Catering Sdn. Bhd.• Bahkan kami ingin menegaskan bahawa kriteria-kriteria di bawah termasuk di dalam audit pihak AnsarComp serta menepati kriteria Halal JAKIM:- Kebersihan- Sekurang-kurangnya 2 orang tukang masak Muslim yang bertugas di setiap restoran pada satu-satu masa.- Kesemua sumber bahan mentah dalam penyediaan makanan dan minuman wajib diperolehi atau diambil daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal JAKIM atau Badan Islam Antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.• Untuk makluman, berdasarkan Profil Pengurusan yang pihak Restoran Pelita Nasi Kandar telah serahkan kepada kami bagi tujuan maklumat syarikat, mereka mempunyai 7 orang pemegang saham dalam syarikat ini iaitu Dato’ Shamsuri bin Ahmad, Dato’ Murugan Doraisamy @ Ramesh, Uswath khan bin Kirudu Mohamed, K. K. Sihabutheen bin Kirudu Mohamed, Syed Abbas Ali bin Abdul Rahman, S. Prebagaran Subramaniam dan Azeem Qusairy bin Bardril. Berdasarkan Profil Pengurusan ini, jelas menjawab isu yang mengatakan Restoran Nasi Kandar Pelita dipunyai oleh orang yang bukan beragama Islam. Ini kerana 5 orang pemegang sahamnya yang lain adalah beragama Islam. Ingin ditegaskan di sini, bahawa pihak JAKIM tidak meletakkan syarat pemilik syarikat mestilah beragama Islam sebagai syarat untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM. Oleh itu, isu ini sememangnya tidak wajar diperbesarkan sama sekali.Penutup• AnsarComp (M) Sdn Bhd merupakan konsultan dan penasihat yang bertauliah dalam mendapatkan sijil Halal. Kami akan melakukan yang terbaik dalam memberikan khidmat nasihat, urusan dokumentasi dan pra-audit bagi memastikan ia mematuhi kelulusan.• Pihak Ansarcomp (M) Sdn Bhd telah dilantik untuk memantau perjalanan serta operasi Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Nasi Kandar Pelita) dan membuat audit sebanyak dua kali setahun secara ‘spot check’.• Kehadiran kami sebagai konsultan adalah:-o Untuk menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah sebagai seorang muslim.o Untuk memudahkan pengusaha makanan mematuhi keperluan dan kehendak seperti yang di gariskan oleh agama islam itu sendirio Untuk memastikan pengguna juga merasa selamat apabila makan di sesebuah restoran, setelah mendapat kelulusan Halal daripada JAKIM ini.• Jika terdapat mana-mana pihak yang masih mahu mendapatkan kepastian mengenai isu ini, sila hubungi pihak kami di talian: 03-519-22185/ 86Sebarang pertanyaan sila hubungi kami atau layari www.ansarcomp.com.my