t>

Breaking News

Kisah Ustaz Razis masuk Metro.

Cabaran.

Kalau korang tue benar kenapa tak masuk metro? Kenapa tak masuk paper? Kenapa tak masuk sana sini blablablabla..

Lebih kurang begitulah antara komen2 yang mengherdik mereka2 yang telah ditipu oleh razis. Boleh baca kat wall page aku dan wall page yang sebarkan isu tersebut.

Kadang2 simpati gak baca komen2 yang menghina dan menguris perasaan orang2 yang kena tipu. Dah la kena tipu lepas tue kena sound. Alamak aii. Taknak bantu redakan perasaan yang panas kena tipu takpela. Tapi tak perlu kot ko nak sindir2 dan kutuk2 mereka yang dah kena tipu. Tak faham sekalipun tak perlu nak menyakitkan mereka yang dah sedia sakit dan sengsara sebab ditipu wang ringgit dan dipermainkan perasaan mereka.

Rujuk bawah neh ;


Mungkin kahwin cerai kahwin cerai. Bukan ada 11 isteri sekaligus. Ataupun ada yang tak cerai2 tapi kahwin lain. Aku pun tak faham sangat secara lengkap bagaimana Razis boleh pass kahwin banyak2. Yang tue biar mahkamah, polis dan mereka2 yang berkaitan tentukan dan selesaikan kes.



Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.
Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.


Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.

Apa pun dengan pendedahan ini kita berharap sangat Razis sudi tampilkan diri dan selesaikan seme tuntutan2 fasakh dari mereka2 yang ditinggalkan. Nafkah anak toksah cakaplah. Allah swt lebih mengetahui. Kalau dah insaf sekalipun kena tampilkan diri dan selesaikan masalah yang berbangkit. Jangan lari2 dan sorok2 lagi la. Kesian mereka2 yang teraniaya. 

Sumber : Metro.