Bagaimana mahu menderma ORGAN di Malaysia?
Sudah kah anda mendaftarkan diri sebagai penderma organ? Chewahh. Cam berkerja kat hospital plak aku neh.
Wakaka..
Tahu kah anda apa pentingkan kita menderma organ selepas kita mati? Mesti setiap dari kita seringkali membaca berita mengenai pesakit2 yang memerlukan organ disebabkan mereka menghidapi penyakit2 tertentu. Ada yang terpaksa tunggu bertahun2 lama nya untuk mendapatkan organ. Ada pula yang tunggu2 tak dapat2 akhirnya meninggal dunia disebabkan sudah tidak tertanggung kesakitan.
Untuk rekod sebenarnya kita ada 205,478 penderma organ yang mendaftar di seluruh malaysia. Namun daripada jumlah tersebut, hanyalah 387 jek yang benar2 melaksanakan tanggungjawab menderma organ. Kenapa?
Penderma2 organ tersebut tidak mendapat kebenaran dari waris untuk melakukan pendermaan organ. Walaupun mereka berdaftar sebagai penderma tetapi waris dan ahli keluarga mereka tidak memberikan kebenaran untuk melakukan pemindahan organ. Kes berlaku selepas kematian. So mereka nak speak for themselves pun tak boleh. Dah mati ma.
Angka 387 itu pun dicatatkan bermula dari tahun 1975 hinggalah september 2012. So memang sikitlah kalau nak di ikutkan dari jumlah mereka2 yang memerlukan organ tersebut. Buat masa sekarang mereka yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ ialah 15,581.
Pecahan kaum mereka2 yang telah mendaftar untuk menderma organ selepas kematian pula bagaimana?
Buat masa sekarang cina adalah penderma organ tertinggi sekali. Di ikuti india dan akhir sekali kaum melayu. Ikut pecahan 54.8 peratus adalah kaum Cina, 24.12 peratus India manakala 18.92 Melayu. Kenapa ini berlaku? Kedekut sangat ka orang2 melayu untuk melakukan pemindahan organ selepas masing2 meninggal dunia? Jangan salah faham. Mereka tidak mahu kerana mereka tidak tahu ia bukan perkara yang haram.
Walaupun kaum melayu paling sedikit menderma dan mendaftar sebagai penderma tetapi rekod yang mencatatkan melayu la yang menerima jumlah organ tertinggi. Ini bermaksud mereka kurang menderma tetapi mereka penerima tertinggi.
Bagaimana mahu menimbulkan kesedaran buat kaum2 melayu di malaysia?
Terangkan. First, agama menjadi punca kenapa mereka tidak mahu menderma. Mereka fikir mereka tidak boleh menderma kerana ada sekatan agama tetapi bukan itu yang berlaku sebenarnya. Salah faham ini boleh dibetulkan. Kita hanya perlu pupuk kesedaran dan terangkan apa yang mereka tidak tahu.
Pendermaan Organ Sebagai Sedekah jariah
Menurut ulama terkenal, Syeikh Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ terangkum di bawah satu daripada tiga amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatan menderma organ sebagai sedekah jariah. Beliau juga berhujah mengenai keharusan pendermaan organ dengan mengatakan bahawa daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas kematian, adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itu didermakan bagi tujuan menyelamatkan nyawa orang lain.
Hukum menderma organ di Malaysia.
Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru di Malaysia. Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.
Orang Islam masih beranggapan bahawa individu yang menderma organ seolah-olah akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namun sebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan satu lagi bentuk kebajikan.
Syarat2 untuk melakukan pemindahan dan pendermaan organ.
Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:
• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
• Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ.
• Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.
• Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:
* Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.
* Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.
* Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.
* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.
Jangan rasa tertekan. Jika korang mahu menderma organ lakukan dengan ikhlas. Dapatkan segala info yang berkaitan. Bila dah faham dan yakin korang mahu benar2 menderma organ anda selepas korang sudah tiada di dunia ini, barulah mendaftar sebagai penderma organ. Jangan rasa terpaksa or dipaksa.
Jika korang nak menderma boleh lakukan pendaftaran secara online. Klik laman web kat bawah neh ;
http://www.agiftoflife.gov.my/organdonor.html
Aku dah mendaftar sebelum neh so aku takley buat step by step cara2 dia nak tunjukkan korang bagaimana mahu mendaftar. Tapi proses dia mudah jek. Daftar dan masukkan email tak silap aku. Then dia akan hantar email untuk ko teruskan dengan pendaftaran online.
Masa nak mendaftar tue ko boleh pilih2 mana2 organ yang mahu didermakan. Ada juga pilihan untuk dermakan semua sekali. Tapi aku rasa aku tak pilih ruangan tue. Tak silap aku, aku tak pilih mata. Yang aku pilih seme organ seperti jantung, paru2, dan etc2 kecuali mata kot.
Dan andaikata korang benar2 berminat sila maklumlah kepada ahli keluarga dulu. Family aku dah tahu dan kami dah bincang2 bahawa aku nak menderma organ selepas mati. At least dorang takan jadi penyebab untuk menghalang perkara tersebut dari berlaku andai aku mati.
Kalau family tak setuju jangan marah, bergaduh, desak dan sebagainya. Kita nak lakukan kerja mulia, pakat2 la bincang sehingga mencapai kesefahaman. Apa pun selamat menjadi penderma organ. Selepas mati pun kita tetap boleh menderma rupanya. Cayalah.
Rujukan ;
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ikrardermaorgan/Article/cetak
http://www.utusan-malaysia-online.com/respon-kepada-usaha-derma-organ-masih-kurang
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/hanya-387-daripada-205-478-penderma-telah-derma-organ-sejak-1975-1.95849
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/252-pengetahuan-am/7610-pendermaan-organ-menurut-perspektif-islam.html