t>

Breaking News

Penjelasan Ultras Malaya isu chant ANJING.


Salam 0-3 Rakyat Malaysia.

1)Unit Tifosi dan Curva Crew yang berjalan dan beroperasi dengan baik

2)Curva yang padat, cuma terkadang lemau di tengah game

3)Berkenaan chant yang tidak digemari penyokong Malaysia yang lain: perkara ini hangat kerana Malaysia kalah. agaknya kalau menang adakah kita akan dikecam juga?

4) Jika chant anjing dikecam hebat kerana paduan suara yang mengekpresikan emosi
demi provokasi, apakah bezanya dengan inidividu yang laung PUKIMAK,LANCAU, MAIN MACAM PANTAT dan sebagainya?


5)Kita menyokong dengan segala maksud termasuklah membanakan Rajagobal. Sebelum ni kita dikecam kerana dikatakan menyokong secara membuta tuli.Tetapi semalam tindakan kami mengepung bas pemain dan coach untuk memberi tekanan juga dikecam hebat.apabenda ni?macamana lagi agaknya yang kita nak buat?

6)Apa yang kami dah lakukan selama ni untuk pasukan selama ni,bukanlah heran sangat cuma nak pemain bermain dengan hati.Tak guna kalau stadium penuh tapi pemain rasa macam star dan berlagak bagus.Tunjukkan kami anda pemain semua bermain dengan hati baru dapat penghormatan kami.


7)Pasal game kami tak mau komen. Kosong.
 Buat letih pikir apa yang orang lain kata,sebab umum tahu memang perangai orang kita suka berkata tentang apa yang orang lain buat padahal dia tak buat apa pun.Jadi untuk tidak membazir energi bercerita tentang perkara yang dah lepas, kami akan terus bekerja dengan cara kami. Giant banner, tifo dan paduan suara yang mewakili ekspresi kami untuk disalurkan ke tengah padang sehingga tamatnya saingan
AFF.

Bekerja secara kolektif dan praktikal.Giant banner yang seterusnya untuk game menentang Laos dah siap dan seperti biasa kami memerlukan buruh kasar untuk mengusung dan menggantungnya.

Atau ada pihak lain yang nak buat cara mereka?ada banner sendiri atau ada chant yang lebih bermakna untuk memberi tekanan kepada pasukan supaya kembali dengan prestasi sebenar?

Kalau ada turunlah ke stadium, in all kita semua rakyat Malaysia.kalau ada takde sebab untuk kami katakan tidak. #SALAMSATUMENTAL.


BODOH. 

Takyah main arh woit.

Dasar Najib.

Itu kata2 aku ketika menonton perlawanan bola sepak depan tv. Fan HM yang tak sejati macam UM la katakan. Oke, UM tanya ==> jika HM menang adakah chant anjing akan jadi pertikaian? Tak silap aku benda neh pernah kecoh dulu time2 lawan dengan indonesia. Ingatkan dah mampos disitu rupanya ia masih berulangan.

Aku pun sibuk chant. Tapi chant anjing takde. Kira sopan sket kalau banding dengan lagu korang. Kan kena banding2 sebab UM pun banding dengan luar negara punya.. eh aku tak layan kot bola2 luar negara neh. Layan kang tak patriotik wa cakap lue. Hehe. 

Isu sekarang bukan kalah or menang dah. Isu sekarang benda tue orang dah rakam dan sebarkan. Tingkah laku itu mengecikkan ahti orang yang mendengar. Oke2.. rajagopal jek tak ley dengan kritikan, korang boleh. Kritikan yang hadir di bawah neh ialah kritikan membina dari fan kuaci depan tv. [bile tah gua layan kuaci? Muahaha].

Benda yang individu buat biasanya takde apa sangat la. Dan lagipun bila dorang update gitu2 kat wall fb dorang confirm ada jek yang tegur dan nasihatkan. Sama macam yang UM kena serang. Akan ada yang tegur, nasihat bukan benci tapi sayang. Kalau tak faham kasih sayang ini sekalipun usah label orang dengki.

Satu benda yang aku dok perati dari dulu lagi. Tapi aku diam2 jek. Seme orang yang bukan UM seme fan kuaci ek? Seme yang dok depan tv seme tak sejati ek? Ada bukti ke yang UM lebih sayangkan HM dari penyokong bola yang lain? Takde kan. 

Yelah, buat banner, buat baju, penuhkan stadium itu kerja yang betul. Peminat bola sepak kena bersatu padu demi pemain2 kita. Kalau bukan kita yang nak sokong so sapa lagi? Tapi berpada2 la dalam melontarkan hujah. Usah generalisekan. Usah generalisekan. Banyak kali aku nak cakap usah generalisekan. Ada UM yang bijak2 belaka. Ada akal. Mereka tak generalisekan seme fan bola depan tv tue kuaci or kaki hentak lantai time kalah bola. 

Mereka faham je manusia neh ada macam2 ragam. Ada macam2 masalah dan hidup dalam pelbagai situasi. Ada yang takde duit. Eh ada yang blom mampu nak bagi sokongan padu dalam bentuk tiket ke stadium. Ada yang kena kerja lah plak. Ada yang takde member. Jauh pun ye dari sabah sarawak tue der. Kos lagi.

kenapa tidak generalisekan bila memaki? Kenapa tak chant anjing anjing anjing anjing anjing anjing.. anjing anjing anjing.. dari situ kita kan faham sg yang kena anjing tue eh bukan malaysia pun.. eh tahu pula nak sebut jelas2 yang sg = anjing.. tapi time lain tak reti pula nak highlightkan jelas2? Haha.

Berbeza nya kita, berbeza nya kita untuk meraikan perbezaan. Bukan gadoh2 pun. Eh respect lah UM neh. Semangat siot. Ko ada? Attack rajagopal? Sokong je aku. Hentak dan lanyak je sekali. President fam kena bangsat pun gua setuju.

Tapi rileks sudah. Ada sesetengah perkara kalau ko dengar pendapat orang pun ko tak rugi satu sen la weh. Amek yang baik je dari kami. Ya aku bukan UM pun. Korang je yang sayang HM, aku tak sayang kot. Haha

Depan tv je tengok bola neh. Yelah tak hardcore. Tapi takpe, tak sayang HM macam korang pun tetap nak HM menang gak. Tetap bangga wooo tengok bola depan tv sambil sokong HM. Tetap menangis sakit ahti wooo bila HM kalah.. takde beza eh dengan korang. Cara kita luahkan sokongan dan ekspresi jek beza. Tapi misi dan visi tetap satu HM di ahti ku woo.

Jadi dalam isu chant anjing tue tak payah la korang nak terasa2 sangat la. Rilek sudah. Aku pun tengok kekawan yang kritik seme bagi kritikan membina. Ada sikit2 yang panas dengan UM sebab apa? Sebab memang ada je ahli UM yang berlagak..

Berlagak setiap kali HM menang cam dia jek bagi semangat. Selalu cakap gitu. Kecik ahti juga aku yang tak UM neh baca. Eh yang lain tak UM tue tak bagi semangat meh? Bagi juga. Cara lain. Macam aku sebut dah tadi. Kita memang sokong team yang sama tapi cara kita zahirkan sokongan tue beza la. Bezanya kita bukan untuk mencipta musuh or mencari gadoh oke tetapi untuk meraikan kepelbagaian jek. Respect sudah.

Yang sepatutnya.. masa2 sekarang focus kita pada HM. Tapi dah jadi lain bila sesama penyokong plak berbalah. Pe citer? Piala belum dapat, pemain tah ke mana.. rajagopal sibuk cari tonik najib, kita sibuk bercakaran kat sini macam hapa semata2 sebab ada yang tak boleh terima kritikan. Yang bagi kritikan membina tue kita terima la. Ada benarnya kata2 mereka chant anjing tue tak patut. Yang bagi kritikan menghina tue jangan layan la. Kalau sakit ahti bahas balik la.

Tapi kalau korang rasa patut juga go on la. Buat je. Banner kepala anjing ke apa ke buat je. In the end bukan kepada aku, bukan kepada mana2 penyokong HM, bukan kepada pemain2 HM, bukan kepada penyokong2 SG, or kepada mana2 orang korang kena jawab.. korang kena jawab depan Allah swt je. 

So buat apa yang korang rasa betul, korang buat. Jangan risau dengan perbezaan pendapat kita. Kita cakap dan tegur neh sebab kita ingat, kita neh kawan2 takmo lawan2 tapi kalau orang anggap kita neh lawan2 bukan kawan2 so apa lagi kita nak cakap kan .. layankan aje la. Janji HM menang. Biarlah penyokong dia tunggang terbalik bergadoh lawan tarik2 rambut ke apa ke janji HM menang.. boleh?

Wakaka. 

Bab chant lain tue owh oke.. aku ada idea.. buat chant gini..

Tipu tipu tipu tipu.. berlakon jatuh berlakon jatuh jatuh..

Eh.. direct dan jelas je kita kata pemain dia kan? Ini idea aku je. Sorry anjing takde kat sini. Kalau tak melankolik jangan marah der. Idea je sebab admin minta kan. Haha. Bai.

Sumber gambar dan info rujukan dari sini.