Bawa askar ke stadium bukan budaya Malaysia - Shabery
Kali neh menteri sendiri tegur. Menteri pun tak bersetuju dengan perbuatan yang dilakukan oleh TMJ baru2 ini.
Kalau tak percayakan fans kelantan sekalipun, sekurang2nya percaya la dengan PDRM yang berkawal di stadium ketika itu. Adegan baling2 berlaku sebab fans kelantan terasa di provoke dengan kehadiran askar, harap maklum. Itupun aku tak setuju gak dengan tindakan fans kelantan. Ini pun kena ubah ek The Red Warriors, tolong. Nak ubah persepsi orang, keyword dia ialah ubah sikap sendiri terlebih dahulu.
Dan untuk TMJ, please, bola ialah sukan, bukan lubuk kontroversi. Kot ye pun berpada2 la dalam bertindak. Jangan pasal bola kita nak berperang sakan. Oke bai.
Tindakan membawa askar ke stadium bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.Menteri Belia dan Sukan menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemimpin dan penyokong Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.Apa yang berlaku di padang bola sekarang adalah perkara yang tidak lazim berlaku. Ia bukan kebiasaan dalam budaya sukan di negara ini.Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium. Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang minta bantuan," katanya. -UM-