Termakan nasi beriani yang penuh ulat
Bulan lepas saya telah mengunjungi sebuah kedai makan di brickfields Kuala Lumpur bernama *****.
Setelah saya memesan makanan, saya dapati di dalam makanan (nasi beriyani) tersebut terdapat beberapa ulat yang hidup.
Saya juga termakan nasi tersebut. Saya merasa sungguh terkejut dan teraniya kerana setelah saya mengadu pada petugas di restoran terbabit, mereka seolah olah tidak mengendahkannnya.
Mereka ingin terus mengambil pergi makanan tersebut dari situ tetapi saya sempat mengambil gambar video ulat-ulat tersebut dan terus menelepon Kementerian Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Malangnya hari tersebut hari Sabtu dan operator mengatakan cuti, pengurus terbabit juga tidak datang walaupun perkara sebegini berlaku.
Apa yang saya nak katakan adalah mengapa tiada sebarang tindakan dari mana-mana pihak yang saya buat aduan?
Walaupun saya ada bukti yang kukuh iaitu rakaman video pihak Kementerian Kesihatan menanyakan pada saya mengapa tidak menelepon 'on the spot'?
Jadi saya menunjukan senarai nombor-nombor yang saya buat pada hari kejadian yang hanya membisu.
Mereka menyatakan mereka hanya mengikut prosedur.
Jadi selama ini mereka hanya menerima aduan tanpa sebarang tindakan itu ke kerja mereka?
Sampai hari ini, saya tak dapat apa-apa feedback dan comment mengenai tindakan yang diambil ke atas restoran terbabit.
Saya bercadang mahu menyaman restoran terbabit kerana sampai ke hari ini saya masih fobia dengan makanan dan kesihatan yang terjejas.
Adakah setelah saya mengalami sebarang keracunan atau kematian baru mereka nak ambil tindakan?
Saya cuma nak tindakan diambil agar tiada orang lain yang menjadi mangsa keadaan seperti ini.
Usah kata dia.. dah ramai dah jadi mangsa. Aku pun pernah. Aku cadangkan jangan tutup nama kedai makan tue. Taip jek biar terang dan jelas. Kedai makan macam tue memang fack. Aku pernah makan nasi ayam yang berulat kat cheras perdana.
Punyalah berapi kita orang satu family bengang tokei kedai boleh pula buat muka tak bersalah. Dia ingat setakat makan tak payah bayar kita orang heran sangat?
BODOH LA LUE.
Ulat penuh dalam ayam. Penuh. Siyes aku heran. Macam mana dorang bleh masak dengan ulat2 tue sekali? Dah termakan. Masuk dalam perut. Fobia bukan sehari dua. Mao makan bulan itu pun rasa loya melekat lagi kat dalam tekak.
Tahun 2005. Dah lama. Kedai tue dah tutup dan aku rasa memang padan muka. Masa dalam kereta kita orang siap cakap minta2 la kedai ko bankrupt cepat. Siyes. Aku pun ada tangkap gambar. Tapi aku tak report kat kementerian kesihatan. Aku report polis jek terus. Tindakan?
BOLEH PERGI MAMPOS. INI BUKAN CITER POLITIK. INI CUMA CERITA RAKYAT YANG DIANIAYA OLEH TOKEI GILA UNTUNG SAMPAI AYAM ADA ULAT PUN DIA JUAL KAT PELANGGAN DIA.
Masa tue rasa sakit ahti jangan cakap la weh. Kalau aku diberikan peluang untuk lempang tokei kedai tue pasti aku lempang. Kita orang bergadoh cara baik kat belakang dapur. Aku bukan apa.. tokei kedai macam neh siyes tak bertanggungjawab. Untung nak banyak tapi jual ulat?
Yang membuatkan kita orang rasa sakit ahti ialah bila dia tahu ada ulat dia alihkan ayam sekor kat depan tue. Tah2 seme ayam tue ada ulat. Bukan dia nak check pun. Then dia cakap takpe kali neh tak payah bayar.
BODOH KE APA?
Orang bukan heran bab duit weh. Orang heran pasal dah termakan ulat. Ko faham tak? AKU DAN FAMILY AKU DAH TERMAKAN ULAT!
Punyalah berapi kita orang keluar terus report polis.
Tapi macam aku cakapkan kat atas tadi.. takde sesiapa yang akan bekap kita melainkan sesama kita la yang akhirnya terpaksa bersatu untuk suarakan ketidakpuasan ahti kita. Nak harapkan keadilan berpaksi kepada kita?
BOLEH PERGI MAMPOS.
Masa tue aku takde blog. Kalau aku ada memang aku tulis kaw2. Dengan nama kedai aku akan pampang. Aku peduli hapa. Tapi tue la sekarang kedai tue pun dah takde. Jangan2 tokei sama tak yang kes kedai makan neh. Mana nak tahu. Tutup kat cheras perdana p tempat lain pula. Kalau dah dasar suka jual makan berulat memang la penjual makanan berulat. Pui.