t>

Breaking News

Presiden KIMMA: Sharifah Zohra jangan larikan diri, tampil bertanggungjawab


Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak perlu melarikan diri sebaliknya perlu menyambut tawaran forum yang mengundangnya, kata Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam laporan hari ini, Sharifah Zohra mengesahkan tidak akan menghadiri  forum “Kebebasan Akademik dan Hak Asasi” yang akan  diadakan esok di Dewan Perhimpunan Cina.

“Beliau (Sharifah Zohra) perlu berdepan dengan masalah yang diwujudkannya.

“Jangan larikan diri dan perlu tampil untuk nyatakan pendiriannya,” kata Syed Ibrahim.

Syed Ibrahim turut menggesa untuk bertanggungjawab keatas perkara yang dicetuskannya memandangkan ia sudah tersebar luas  dan orang ramai memperkatakannya di dalam laman maya dan juga secara terbuka kerana sikapnya tersebut.

“Sharifah Zohra kena bertanggungjawab dan hadapinya,” kata Syed Ibrahim.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata Sharifah Zohra perlu perlu lakukan sesuatu untuk membersihkan namanya dan menerima  pelawaan daripada Bawani KS adalah platform terbaik untuk dirinya.

“Menerima pelawaan adalah langkah yang sewajarnya yang perlu diambil oleh Sharifah Zohra untuk membersihkan namanya.

“Ia adalah lebih baik daripada berlarutan,” tambah beliau lagi.

Syed Ibrahim sebelum ini menegaskan Sharifah Zohra sudah tidak bersama lagi KIMMA dan sebarang kenyataan daripada bekas  ahli persatuan tersebut tidak mewakili KIMMA.

Sharifah Zohra menolak ajakan mahasiswa untuk berhujah cara baik. Bukan ajak gadoh oke. Berhujah dan berdebat cara baik. Tetapi dia tolak. Kenapa tolak? Sepatutnya terima jek. Ini la masanya orang nak listen hujah2 dia, pendapat2 dia, kritikan2 dia terhadap pendidikan percuma. 

Sekarang dia tolak. Tindakan ini tak berapa tepat bagi aku. Sebab ini ialah inisiatif yang memberikan peluang sama rata kepada kedua2 belah pihak untuk berhujah atas pentas yang sama dan terserah kepada public untuk menilai. Dia tak sudi. Mengalah sebelum terbukti kalah. Nak cakap apa lagi?