t>

Breaking News

Dr M: Manifesto pembangkang boleh buat negara muflis.

Mahathir mengatakan ;

Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Beliau berkata sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.
    
NONE"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang semalam.












Jadi sekarang kerajaan mengakui la antara punca pendapatan mereka ialah dari ;

1. Kutipan cukai

2. Bayaran tol

Tapi kenapa penyokong2 BN tak henti2 menyuruh kami menyembah dan mensyukuri pemimpin bn seolah2 kami mengharapkan duit anda dan bukan sebaliknya?

Sudah sepatutnya hujah2 siapa tak sokong bn tak boleh kerja kerajaan kerana kerajaan tak prnah ada duit untuk bayar gaji kakitangan mereka tanpa wang rakyat malaysia.

Kerajaan juga sepatutnya sedar, apa yang rakyat beri kepada kerajaan dah terlalu banyak, tetapi apa yang rakyat dapat semula adalah terlalu sedikit, tidak setimpal dengan pelaburan rakyat marhaen.

Ada juga yang cakap berapa sen sangat ko bayar cukai.

Kalau kira macam tue memang la tak banyak mana. Aku sorang je. Tapi cuba kira berapa ramai yang bayar sen2 kat kerajaan? Secara berkala? Setiap hari dan tahun? Dikumpul2 oleh jadi banyak tau.

Sikit2 lama2 jadi bukit.

Ini bukit2 lama boleh jadi gunung. Sorang bayar rm1 je dah boleh collect 13 juta ikut jumlah pekerja di malaysia. Tetapi bukan pekerja je bayar cukai. Pelajar pun bayar. So dah berapa banyak yang kerajaan dapat collection? Tapi berapa banyak pula mereka gunakan wang tersebut untuk pembangunan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh?

Sekarang baru nampak. Baru nampak betapa BN memperbodohkan penyokong2 BN. Kalau tidak, takde la hujah2 dipaksa berterima kasih dan bersyukur kepada pemimpin bn terkeluar. Bahkan untuk mengatakan pekerja kerajaan sepatutnya sokong bn pun rasa malu. Sokong dasar kerajaan malaysia takpe lagi, sebab kerajaan dan bn dua entiti berbeza, ini tidak, dipaksa dan diseru sokong bn seolah2 duit kerajaan  = duit bn. Memang kelakar habis. Tak sekolah agaknya sebab tue bagi hujah2 bodoh. Tak pun pergi sekolah tapi tak guna kemahiran akal, reti hafal tapi tak reti berfikir.

Wakaka.