t>

Breaking News

Rosmah Mansur 'Lari' Diserang Mahasiswi [GAMBAR]

Mahasiswi. Sekumpulan Mahasiswa UKM "menyerang rosmah mansur' dalam bentuk pertanyaan, poster dan demo baru2 ini.


Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.



Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.


“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis. -HD

Aku percaya bab demo dan poster2 bantah neh. Aku pun percaya gak rosmah mansur taknak layan kumpulan mahasiswi di atas. Tapi aku agak sedikit pelik. Confirm ke rosmah mansur gunakan jalan belakang untuk balik?

Rosmah mansur ada banyak bodyguard la.

Dia nak heran apa dengan 50 yang berkumpul demo pasal dia

Lebih ramai yang tak protes dan tak demo kan? Lebih tepat malas nak campur or tak sokong mana2 pihak.

Takan dia sanggup gunakan kereta lain untuk balik dan tinggalkan kereta mewah sendiri?

Mungkin cerita di atas perlukan pengesahan lanjut. Aku tak kata mahasiswi tue menipu.. cuma aku risau gak mungkin ia disalah tafsir. So eloklah kita sama2 tunggu dan dengar penjelasan lanjut dari mahasiswi yang terbabit.. 

Bai.