t>

Breaking News

Hasan Ali ajak tolak Ulama Popular..

Siapa?

Dr Maza?

Dr Juanda?

Ataupun

Ustaz Azhar Idrus?

Gerak ahti aku merasakan dia sedang bercakap tentang ketiga2 ulama di atas.. sebab ini la antara nama2 yang dikatakan akan menjadi calon PR kecuali Ustaz Azhar Idrus. Tapi sejak akhir2 ini pun UAI dah cenderung membidas dan menyebut secara lantang nama BN dalam sesi ceramahnya di tempat kuliah.  

Yang aku pelik kalau ulama berkecenderungan PR kena tolak.. atas alasan dorang mencari keuntungan segera dengan melibatkan diri dalam politik. Tapi kalau ulama masuk BN tak payah tolak la sebab dorang ikhlas? Siapa yang buat ketetapan seperti itu? Hasan Ali? Perlu ke kita follow kata2 ini?

HAHAHAHAHAHAHA


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengingatkan umat Islam tidak menyokong ulama popular yang menceburi dunia politik semata-mata untuk meraih keuntungan terdekat.
   
"Begitu juga sekiranya kehadiran mereka hanya untuk dijadikan alat oleh sesetengah pimpinan parti politik untuk mengaburi mata rakyat dengan tujuan membersihkan imej pemimpin yang sudah tercalar moral dan akhlak mereka," katanya dalam satu kenyataan.
   
Hasan, yang juga presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), sebuah badan bukan kerajaan, berharap para ulama popular ini tidak dengan begitu mudah mengkhianati ilmu dan amalan mereka sebagai ulama. 
   
"Mereka perlu menghindarkan diri daripada fitnah yang mungkin dilontarkan kepada mereka sebagai ulama, yang sudah tentu pada analisa akhirnya menatijahkan sesuatu yang negatif terhadap Islam itu sendiri," katanya.