Warga Bangladesh berdemo di Jalan Ampang.
Majikan tamak. Pentingkan diri sendiri. Tak bayar gaji. Antara punca pekerja2 bangladesh mengamok dan berdemo semalam. Majikan nak pekerja rajin. Nak suruh kerja banyak2 dan cepat2. Tapi bab gaji nak bagi paling rendah dan paling murah. Tue pasal taknak amek pekerja dari malaysia terutamanya pekerja2 melayu, sebab tak boleh nak buli dan dera sesuka ahti sepertimana yang mereka lakukan terhadap pekerja2 dari luar negara.
Baca berita terbitan kosmo kat bawah neh hah ;
Demonstrasi aman oleh kira-kira 250 warga Bangladesh yang ditipu majikan di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Jalan Ampang di sini bertukar kecoh apabila segelintir daripada mereka gagal mengawal emosi dengan bertindak menendang pintu pejabat kedutaan tersebut.
Demonstrasi yang diadakan sejak pagi Ahad lalu itu dikatakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap majikan mereka yang didakwa menipu mengenai pembayaran gaji dan gagal menyediakan permit kerja untuk mereka.
Kumpulan warga Bangladesh itu difahamkan bekerja dengan sebuah syarikat dalam sektor pembersihan hospital di ibu negara, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Seorang daripada mereka, Hatim Gazi, 39, mendakwa, dia dan rakan-rakannya terpaksa mengadakan demonstrasi itu apabila majikan mereka tidak membayar gaji seperti yang dijanjikan sejak beberapa bulan lalu.
Alhamdullilah, takde FRU dan PDRM halang warga bangladesh dari berdemo. Takde juga fitnah dan tohmahan liar wujud terhadap demo aman tersebut. Bukan isu politik kan..
HAHAHAHAHAHAH