t>

Breaking News

ISMA cadang bertanding 20 kerusi dalam PRU13.


Ustaz Abdullah Zaik mengumumkan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk calon-calon ISMA tandingi iaitu 

Padang Serai (P017), 

Tapah (P072), 

Wangsa Maju (P116), 

Selayang (P097), 

Subang (P107), 

Puchong (P103), 

Kapar (P109), 

Seremban (P128), 

Tanjung Piai (P165), 

Derga (N11) 

dan 

Gurun (N22).

ISMA berhak bertanding sebagai calon. ISMA juga berhak melibatkan diri dalam POLITIK. ISMA tak patut disekat dan dikritik jika mereka benar2 ingin bergiat aktif dalam POLITIK di Malaysia.

Namun apakah ISMA benar2 mahu bertanding kerana memperjuangkan ISLAM ataupun kerana nak pecah undi?

Adakah ISMA akan bertanding di kawasan kubu kuat BN yang meletakkan calon bukan islam?

ISMA berkata ;

Berdasarkan keputusan PRU12 yang lepas, kerusi-kerusi di atas merupakan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu namun ditandingi dan dimenangi oleh calon-calon bukan Melayu.
Menurut Ustaz Abdullah Zaik, demi menjaga kekuasaan politik orang Melayu Islam di negara ini, ISMA melihat antara langkah terpenting yang perlu diambil ialah menawan semula kawasan-kawasan yang selama ini telah diberi laluan selesa kepada pihak lain.
ISMA juga berkata ;

Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan Kuasa Ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian,” jelas beliau.

Jadi adakah ISMA akan letakkan calon2 mereka di kerusi2 yang mana CALON BN kuat disitu? Kita tunggu dan lihat.