DAP Tolak Parti Arak Di Pantai Pulau Pinang.
Mungkin kena kritik hebat kot. Rujuk sini, isu asal yang menyebabkan kes neh semakin kecoh. Ada bagusnya tindakan dan keputusan yang dibuat oleh DAP kali neh. Ini kerana mereka telah menutup ruang pintu untuk BN menghentam DAP di kemudian hari. Yang menariknya DAP boleh terima kritikan dan berundur daripada keputusan asal. Ini yang kita puji. Boleh terima kritikan dan bersedia mendengar pandangan dari semua pihak walaupun berbeza agama dan bangsa. Good job.
Penasihat perniagaan kepada Perdana Menteri dan isterinya, Jho Low mengakui sebuah parti arak yang melibatkan ramai selebriti di Pantai Batu Feringgi telah tidak diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Menurut mesej yang dihantar oleh Jho Low melalui Twitternya, kerajaan Pulau Pinang tidak meluluskan permohonan ramai selebriti untuk berparti di pantai itu.
Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tetap dituduh oleh Umno menganjurkan parti arak di pantai itu.
"Umno mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menganjurkan parti arak di pantainya," kata beliau sampai menyambung mesej yang dihantar oleh Jho Low tersebut.
Jho Low adalah antara orang kepercayaan Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya untuk menguruskan hal pelaburan dan kewangannya.
Antara projek yang dikaitkan dengan Jho Low adalah tanah lapangan terbang TUDM Sungai Besi.
Sebelum ini, Jho Low disebarkan melalui media mengadakan pelbagai pesta mewah dengan artis terkenal antarabangsa. -HD-