Pelajar paling ramai buang anak ikut undang-undang.
Baby Hacth tue apa?
Tempat pembuangan bayi yang halal dan sah di sisi undang2.
Rileks dulu. Ada juga yang menyampah dan bengang2 dengan polisi baby hatch neh. Pendapat aku polisi neh adalah baik jika bertujuan nak mencegah perbuatan buang bayi merata2. Nak atasi zina tue memang tak la. Tapi at least selepas mereka berzina, mengandung dan terberanak, mereka tahu port mana nak buang anak yang mereka takmo tue.
Meskipun kita tak menyokong perbuatan zina tetapi kita juga kena fikirkan masa depan anak2 yang lahir hasil dari perbuatan zina. Yang berzina tue mak bapak si bayi. Si bayi tak patut dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan atas perbuatan ibu bapa mereka.
Jadi bayi neh, harus diberikan peluang untuk hidup dan membesar regardless dari mana dia datang sekalipun. Sebab tue la baby hatch di wujudkan. Dan baru2 ini kenyataan media berkenaan baby hatch memberitahu bahawa golongan pelajar ialah golongan ter-ramai memanfaatkan penggunaan baby hatch.
Baca bawah ;
Golongan pelajar dikenal pasti paling ramai memanfaatkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch) oleh Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) apabila seramai 31 bayi tidak diingini golongan itu dihantar ke pusat berkenaan.
Setiausaha Kerjanya Azra Banu berkata, pelajar terbabit terdiri daripada warga tempatan dan warga asing manakala seramai 30 bekerja dan enam masih menganggur turut menyerahkan bayi mereka ke pusat itu.
Apa maksudnya disini? Maksudnya disini kita sudah ada golongan sasaran. Skop tarbiah kita semakin kecik sebab kita dah kenalpasti golongan mana yang suka berzina. Sepatutnya dari sini kita dah boleh fikir langkah2 seterusnya untuk mengelakkan kejadian zina berlaku di kalangan pelajar.
“Sejak ditubuhkan pada 29 Mei 2010 sehingga kini, 71 bayi tidak diingini di seluruh negara diserahkan kepada Baby Hatch. Daripada jumlah itu empat daripadanya diserahkan tanpa pengenalan atau dokumen serta tidak diketahui ibu atau keluarganya. “Selain warga tempatan, 14 warga asing turut menghantar bayi mereka ke pusat itu terdiri daripada pelajar dan pekerja dari beberapa negara termasuk Filipina, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika.
“Ibu bayi dihantar di sini kebanyakannya berumur antara 18 hingga 30 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Azra berkata, Baby Hatch juga kini diwujudkan di Johor Bahru, Johor manakala di Kota Bharu, Kelantan dijangka dilancarkan selewat-lewatnya bulan depan. “Kita juga berjaya memujuk 28 ibu agar tidak menyerahkan bayi mereka di Baby Hatch sebaliknya menjaga sendiri anak mereka dengan bantuan keluarga masing-masing selepas melalui sesi kaunseling.
Aku setuju bab memujuk ahli keluarg masing2 untuk menjaga anak, yang dikandung oleh anak mereka sendiri. Mentaliti ibu bapa perlu ditukar. Memang la perbuatan zina itu menghasilkan rasa malu dan segan. Tak boleh kita nafi. Kalau kita tak rasa malu dan segan itu bermaksud kita dah jauh dari rasa takut terhadap Allah swt.
Tetapi, rasa malu dan segan itu jangan la sampai menyisihkan darah daging sendiri. Cara terbaik pujuk anak2 agar bertaubat, kalau boleh kahwinkan pasangan yang dah berzina tue, kalau tak boleh, jagalah bayi tersebut sebaik2nya, kaji balik cara kita mendidik anak2 kita, mungkin ada salah dan silap kat mana2 dan bersama2 dalam menghadapi masalah neh.
Menyisihkan anak sendiri dan bayi yang dikandung oleh anak sendiri, hanyalah penyelesaian jangka pendek dan merupakan cara untuk anda lari dari masalah.
Ubahlah mentaliti kita. Bukan kita halalkan anak2 kita berzina oke. Tetapi benda dah berlaku, kita kena selesaikan keadaan dengan memikirkan the best condition for the babies themselves. Bayangkan, anak2 ini ada family, ada atuk nenek, ada ibu, ada makcik dan pakcik tapi akhirnya dia dibela oleh orang luar, someone yang takde hubungan darah dan pertalian langsung dengan dia.
Mana la tahu suatu hari nanti, dah besar esok2, bertemu dan bertembung di tepi jalan pun tatau yang dia neh adalah bayi yang dibuang suatu ketika dulu. Dan bayangkan pula kot2 dia bersekolah satu sekolah yang mana ada adik beradik dia disitu.. tak fikir ke apa perasan anak ini?
Walaupun kita rasa malu, walaupun masyarakat akan mengkritik dan menghina kita, tetapi jagalah anak2 ini. Kita yang berzina, kita kena belajar tanggung akibat darinya. Menyisihkan dia takan menghilangkan perbuatan zina kita. Percayalah. Lagipun di luar sana, walaupun beribu orang akan mengecam ko, tetapi akan sentiasa ada mereka2 yang bersama2 dengan ko untuk bawa kembali ke jalan yang benar. Aku, salah seorang darinya. Jangan pernah risau. Oke?