t>

Breaking News

Anwar tidak semestinya jadi PM - PAS.


Berikut apa yang dilaporkan ;

Persoalan siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya semakin panas selepas Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menegaskan, jawatan itu tidak semestinya menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan pemimpin kanan Pas itu dilihat bakal menghangatkan lagi hubungan parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana sebelum ini tersebar khabar angin yang mendakwa Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar daripada menduduki jawatan berkenaan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga tokoh dengan latar belakang ulama dalam Pas, terdapat dua faktor untuk melayakkan seseorang itu menjadi Perdana Menteri pembangkang iaitu jumlah kerusi yang dimenangi parti dan persetujuan semua parti komponen dalam pakatan pembangkang.

Beliau menegaskan, walaupun semua pihak sebelum ini secara dasarnya bersetuju Anwar bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang namun dalam keadaan sekarang, parti komponen harus mengikut status quo iaitu parti yang memenangi paling banyak kerusi.

"Saya percaya kita perlu mengambil kira keputusan pilihan raya serta melihat parti mana yang lebih dominan dari segi memenangi kerusi selain persetujuan semua parti komponen kerana ia boleh menentukan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri (mewakili pembangkang).

"Itulah sebabnya mengapa saya terus menggesa seluruh ahli dan jentera pilihan raya kami untuk bekerja keras dalam memenangi pilihan raya umum nanti," katanya sebagaimana dipetik menerusi blog di http://www.mole.my hari ini.

Laporan ini agak negatif. Maksudnya cara ia ditulis ataupun digambarkan kelihatan negatif. Sedangkan ia tidakla sesenegatif yang digambarkan. Apa yang dimaksudkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ialah ;

1. Anwar tak semestinya jadi PM, ataupun dilantik jadi PM kalau PR berjaya menguasai putrajaya.

2. Ini kerana kita kena ikut pecahan kerusi. Siapa yang menang banyak patutlah diberikan hak untuk menduduki jawatan no 1 itu..

3. Dan disamping itu juga, pemilihan perdana menteri haruslah diterima dan dipersetujui oleh semua pihak, parti2 komponen dan sebagainya.

4. Begitulah cara kedudukan perdana menteri ditentukan. 

Lagipun, sekarang neh bukan masa untuk tumpu siapa patut jadi PM dan siapa tak patut jadi PM.. sekarang neh tumpuan untuk menang dalam prU-13. Dah menang esok lusa boleh la dipanjangkan lagi cerita ini. Sekarang citer lebih2 pun tak guna. Bukan dah menang pun.

MUAHAHAHAHA.