Petugas BN maut ketika pasang bendera BN.
Muda lagi. Alahaiii...
Malang tak berbau. Ketika sedang melaksanakan kerja tiba2 disengat tebuan sehingga maut.
Apa pun kepada petugas2 pilihanraya satu malaysia berhati2 la ketika pasang bendera parti. Jangan sampai hilang nyawa. Alfatihah untuk arwah. Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Seorang pemuda yang berada dalam keadaan kritikal akibat diserang tebuan ketika sedang memasang bendera parti politik, meninggal dunia petang semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).Mangsa, Allahyarham Mohd Hafis Sukidi, 21, sebelum itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberi bantuan pernafasan.
Dalam kejadian jam 10 pagi di Kampung Kenangan Kapar itu, mangsa memanjat sebatang pokok untuk memasang bendera parti sebelum diserang tebuan yang bersarang di atas pokok tersebut.Akibat serangan tebuan itu, Mohd Hafis terjatuh dari pokok lalu dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke HTAR kerana keadaannya agak kritikal.
Bapa mangsa, Sukidi Tarmijo, 48, berkata, dia menerima berita buruk menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu ketika sedang bekerja.“Isteri saya memaklumkan kejadian itu melalui panggilan telefon dan saya sangat terkejut.
Ketika itu, anak saya sudah dimasukkan ke hospital.“Kami bergegas ke hospital dan melihat keadaannya sudah tidak sedarkan diri,” katanya di Wad 5C, HTAR, semalam.Sementara itu, Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) diketuai pengerusinya, Budiman Zohdi sempat menziarahi Allahyarham yang ketika itu masih menerima rawatan di ICU.
Budiman berkata, beliau bersimpati dengan nasib menimpa Allahyarham dan berharap jentera parti lain mengutamakan soal keselamatan ketika bertugas."Saya akan mengusulkan kepada pucuk pimpinan parti supaya menyediakan insurans bagi melindungi nyawa dan keselamatan petugas jentera BN terutama ketika bertugas," katanya.
Budiman berkata, beliau juga terkejut apabila diberitahu Allahyarham Mohd Hafiz menghembuskan nafas terakhir dan berharap keluarga mangsa dapat bersabar.
"Saya sempat melihat keadaan arwah yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal. Saya diberitahu arwah menerima 10 sengatan dalam kejadian tersebut," katanya.