t>

Breaking News

Siswa dakwa diugut dengan parang pula di Pekan.

Alah, sekadar edar surat pun nak cuak. Biar je la mahasiswa nak edarkan apa2. Tak semestinya bila dorang edarkan sesuatu orang yang terima akan baca dan terima bulat2. Ini kan demokrasi. Mereka berhak berkempen cara mereka. Takan disebabkan mereka berkempen macam tue ko nak parang2 plak? Gile betul. 

Sekumpulan anggota Gerakan Mahasiwa PRU-13 hari ini mendakwa diugut oleh sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam satu kejadian ketika mereka mengedarkan risalah di satu rancangan Felda di kawasan parlimen Pekan.

Mereka adalah antara 50 mahasiswa yang berkumpul di kawasan parlimen tersebut sejak 11 Februari lalu. Mereka berpecah dalam kumpulan kecil untuk mengedar surat tersebut di kawasan berkenaan.

NONESeorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin ketika dihubungi Malaysiakiniberkata kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan senjata tajam tersebut ke arah mereka.

Kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkannya dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian, itu, kata Safwan.

"Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa.

"Kita tidak melawan. Kita bimbang keselamatan siswi. Kita ambil pendekatan yang rasional. Kalau melawan, nampak radikal.

"Kami beredar balik ke rumah penunjuk arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya.

Menurut Safwan, dia bersama kumpulan siswa berkenaan, termasuk dua orang siswi, sedang mengedarkan risalah bertajuk 'Surat Mahasiswa untuk Warga Pekan' ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi di kawasan sebuah rumah di Felda Chini 4 itu.

Beliau seterusnya melaporkan kejadian tersebut di balai polis Chini kira-kira 50 minit kemudian, kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.

Tiga rakan mereka semalam turut berdepan tindakan kekerasan oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian berasingan ketika mengedarkan risalah tersebut di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong, juga di Pekan.

NONEKumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.

Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan surat berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Surat tersebut yang diperolehi Malaysiakini, antara lain menyatakan mereka nekad untuk menjadikan pilihan raya umum itu sebagai "masa untuk BN bermuhasabah atas segala pelakuan semasa menjadi kerajaan Malaysia" serta mendesak rakyat membuat perubahan dengan memilih parti selain BN memimpin kerajaan baru.

"Tidak ada salah kita mencuba kerajaan baru, kita berhak untuk mengundi BN, kita juga berhak untuk mengundi selain BN. "Jika kepimpinan baru nanti gagal memenuhi kehendak rakyat, maka kita berhak untuk kembali memenangkan BN sebagai kerajaan Malaysia," surat itu dipetik.

Safwan berkata sebelum insiden itu berlaku, seorang pemuda menaiki kereta putih mengambil gambar dan menyuruh mereka beredar dari situ sebelum "apa-apa berlaku".

"Kami ingat ia hanya ugutan biasa sahaja. Jadi kami teruskan. Kami tidak syak apa-apa," katanya sambil menambah tindakan pemuda itu berlaku sewaktu mereka mula mengedar surat tersebut. -MKINI-