t>

Breaking News

SPR umum 15 peraturan dalam pengundian.

Langkah-Langkah Baru SPR:
1. Pen mata bulat (ballpoint) untuk mengundi.
2. Penggunaan dakwat kekal.
3. Undian awal untuk tentera, polis serta pasangan mereka.
4. Undi pos untuk media dan rakyat Malaysia di luar negara.
5. Parti yang bertanding diberi akses kepada media awam.
6. Melantik NGO sebagai pemerhati.
7. Pengurusan khas untuk memastikan ejen calon tiada halangan untuk melihat pengundi memasuki kawasan pengundian.
8. Pihak ketiga yang dipercayai dibenarkan menemani individu kurang upaya.
9. Tiada bantahan dibenarkan semasa hari pencalonan.
10.Tiada penarikan diri selepas mengesahkan pencalonan.
11.Tempoh kempen selama 11 hari.
12.Meningkatkan tempoh memaparkan pemilihan dari tujuh kepada 14 hari.
13.Proses pilihan raya yang telus secara berterusan.
14.Menyediakan maklumat terkini menerusi laman web khas di www.pru13. gov.my.
15.Tiada khemah disediakan untuk para penyokong parti pada hari pencalonan.
Ini ialah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR, bagi menghadapi PRU-13 yang akan berlangsung bila2 masa sahaja dari sekarang. Harap2 SPR tak bias la. Jangan hanya denda pihak2 tertentu dan memperbesarkan kesalahan pihak2 tertentu. Kalau sesiapa buat salah or langgar peraturan, siasat dengan adil, jangan memilih2 kes pula.