t>

Breaking News

Sultan Sulu enggan berundur.

Part 1 dan part 2  klik situ. 

 

Nampaknya Sultan Sulu enggan berunding cara baik dengan kerajaan Malaysia. Tempoh 72jam untuk mereka keluar dari kawasan Lahad Datu telahpun berakhir. Selepas ini jikalau PDRM berkeras dan berkasar, jangan salahkan mereka. Ini kerana PDRM dan ATM berhak mempertahankan tanahair daripada dicerobohi oleh mana2 pihak atas apa2 tujuan sekalipun.

Datang cara baik, kita sambut cara baik.

Datang untuk berunding, kita akan berunding.

Kalau datang nak menceroboh, melawan dan merampas tanah orang, takan kita nak bagi muka plak?

Baca bawah sat ;

Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa dia dan pengikutnya seramai 180 orang tidak akan berganjak dari kawasan perairan di Lahad Datu, Sabah di Malaysia.

Kiram membuat kenyataan tersebut beberapa jam selepas Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi amaran supaya kumpulannya berundur dari Sabah, hari ini. Kiram berkata, Sabah merupakan milik keluarganya dan mereka tidak perlu akur dengan amaran Aquino, termasuk arahan kerajaan Malaysia yang mendesak supaya mereka meninggalkan kawasan yang dicerobohi.

"Malaysia membayar 'yuran' sebanyak RM5,300 setiap tahun kepada Kesultanan Sulu, sekali gus menunjukkan bahawa tanah yang dituntut di perkampungan Tanduao di Lahad Datu adalah sah milik mereka.

"Adik saya, Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya sudah pergi ke Sabah untuk menyelesaikan masalah tersebut secara aman," katanya. Kiram turut menyatakan bahawa keadaan akan menjadi mudah dan tenang sekiranya perjanjian antara kedua-dua pihak dicapai dalam masa terdekat.

"Kami sedar kesan dan akibat yang akan diterima sekiranya kami melanggar undang-undang Filipina, maka kerjasama antara semua pihak amat diperlukan," ujarnya. Dalam pada itu, Agbimuddin memberi jaminan bahawa beliau dan pengikutnya tidak akan mencetuskan keganasan di perkampungan tersebut.

"Tanduao merupakan kawasan kami, jadi mengapa kami perlu melakukan keganasan di sini? "Seluruh perkampungan ini sudah dikepung pihak berkuasa Malaysia, jika mereka bertindak dahulu, maka kami akan mempertahankan diri," jelasnya. - AGENSI

Perasan plak tue. Perasan sabah mereka punya. Ada geran ke woi? Sabah negeri merdeka, bebas dari penjajahan. Jika serahkan pada sulu serupa je macam sabah tue negeri yang merdeka, negeri terjajah. Tuntutan bodoh mereka neh tak patut dilayan. Bahkan kerajaan patut berhenti bayar apa2 pampasan kepada mereka agar mereka tak syok sendiri. 

Sepatutnya mereka cermin diri dan lihat perkembangan dunia. Ko nak jajah negara orang dengan cara macam neh? Buat lawak je boleh la.

MUAHAHAHA.