t>

Breaking News

Lahad Datu : 10 penceroboh mati, 2 polis marin terbunuh.


Angka tak rasmi. Tetapi itulah yang diwar2kan oleh media philippines. 10 orang kematian dari pihak mereka. Actually, rundingan dah berjalan. Mohon berundur dan keluar dari Lahad Datu cara baik. Tiada niat nak bunuh dan menggunakan kekasaran. Tetapi mereka bertegas untuk kekal disitu, takan kita nak biarkan pula? Nak taknak kena la halau juga. So inilah akibatnya.

Rujuk astro awani sebentar tadi, angka kematian dari pihak sana tidak dapat dikenalpasti lagi. Tetapi dari malaysia dah confirm. 2 terbunuh 2 cedera. Mereka berkorban demi pertahankan tanahair. Moga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi.

Rujuk berita dari TMI pula ; 


Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina.
Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.
Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.
Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar, menjadikan kematian setakat ini 12 orang.
Empat penceroboh turut dilaporkan cedera.
Kawasan Pantai Timur Sabah diletakkan dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Ketua Polis Semporna Deputy Supt Firdaus Francis Abdullah dilaporkan berkata kepada The Star Online pihak polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bersama dengan pasukan keselamatan lain untuk tindakan lanjut.
Firdaus dilaporkan berkata penduduk di sana agar bertenang kerana ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga.
“Banyak pihak yang risau ia akan merebak ke Semporna, namun sebenarnya tidak perlu dibimbangkan kerana penceroboh Sulu telah disekat ke Lahad Datu,” katanya.