3 pemimpin BN isytihar perang parti sendiri [Video Inside]
BN Pulau Pinang bergolak. Sesama parti komponen. Pergolakkan juga dikesan antara ahli2 UMNO dengan ahli2 GERAKAN mengenai pembahagian kerusi. Suara2 PROTES mula kedengaran di sana sendiri.
Ada yang bercadang akan terus memangkah calon2 PR ketika hari pengundian kelak.
Ada yang bercadang BOIKOT terus semua kempen2 BN di Pulau Pinang.
Tak kira la apa cara yang akan dilakukan oleh ahli2 dan penyokong2 BN di Pulau Pinang, nampaknya suasana tersebut menyebelahi PAKATAN RAKYAT untuk terus menguasai Pulau Pinang untuk penggal kedua.
Tidak menunggu lama, tiga veteran BN terus mengisytiharkan perang terhadap BN apabila nama mereka tidak termasuk dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam.
Mereka adalah Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed.
Mohan dan Shariff malah memutuskan untuk tetap bertanding, masing-masing di Parlimen Batu Kawan dan Tasik Gelugor, yang akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru.
Mohan juga berkata beliau bercadang untuk bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA).
Manakala Shariff (kanan) pula mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan", tetapi tidak menyebut parti mana akan dipilihnya.
Kesemua mereka akan memaklumkan keputusan muktamad mereka pada Sabtu ini. - Mkini -
Tonton video bawah neh. Ucapan berapi2 Omar Shariff..